OOO

Memaparkan catatan dengan label cara buat kuah satay. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara buat kuah satay. Papar semua catatan

Jumaat, Ogos 07, 2015

Resepi Kuah Majid Satay Mudah dan Sedap

Assalammualaikum semua

Masa suami habis puasa enam, akak merajinkan diri menyediakan lauk raya sekali lagi, ala buat bukan banyak pun, buat sikit ajer.

Mula mula masak rendang itik, tengahari masak kuah lodeh dan petang masak kuah kacang.  Ketupat pulak akak rebus balik lebihan raya dan rebus sebungkus nasi impit.  Bila ada lauk camni Imran pulak suruh cari lemang tengah malam.  Manolah nak cari tengoh malam anak oiiii
Kali ni akak ikut resepi dari Kak Jee, arwah bapa beliau dulu peniaga satay yang di sebut Majid Satay.  

Tak silap akak dulu waktu kecik, arwah abah pernah bawa kami makan Majid Satay ni.  Memang fofolur cam jenama satay yang ada sekarang ni.

Bahan-bahan
600 gm kacang tanah yang telah disangai
5 biji bawang besar
½ cawan cili kering dikisar
1 cawan gula melaka
1 cawan minyak 
garam secukup rasa

Cara: 

Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai. Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar. Ketika kisar dalam blender, guna air secukupnya untuk gerakkan blender. Jangan terlalu banyak sangat air. 

Bawang besar di mayang. Kemudian panaskan periuk guna 1 cawan minyak dan tumislah bawang hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering kisar dan goreng sampai naik minyak. Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah diblend. Air juga dimasukkan sebenyak kira2 dua cawan. Bila sudah mendidih, masukkan gula melaka dan garam. 

Kuah satay akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi, pandai2lah nak agak banyak mana air yang hendak diletak.

Isnin, Mac 18, 2013

Resepi Satay Goreng Warisan Dan Kuah Satay

Assalammualaikum semua
Satu lagi resepi satay goreng yang akak suka buat.  Tapi akak lebih suka guna bahan rempah yang di kisar sendiri..resepi asal guna rempah serbuk tapi kalau nak guna yang serbuk pun ok gak.Terima kasih asinqs yang sudi berkongsi resepi satay goreng ni.  Akak gunakan lebihan rempah ni buat kuah satay.

Bahan utama
1 kilo isi ayam/daging di potong kecil


Bahan Rempah
- 2 sudu besar  ketumbar (coriander)
- 2 sudu besar jintan manis (fennel seeds)
- 1/2 sudu besar  jintan putih (cumin)
- 15 biji bawang kecil / bawang merah (bukan bawang besar)
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci  ketul halia
- 3 inci kunyit hidup
- 1 inci ketul lengkuas
- 4 batang serai besar
- gula dan garam secukupnya


Cara-caranya
1.  Kisar semua bahan termasuk rempah dan gaul bahan dengan ayam/daging. (tinggalkan sedikit bahan kisar)
2.  Masukkan garam dan gula secukup rasa dan gaul sebati.
3.  Perap semalaman atau 12 jam, kalau ayam tak yah perap lama pun boleh.. dalam 4-5 jam dah ok.. 
5. Masukkan ke dalam kuali dan biarkan air kering kemudian baru masukkan sedikit minyak jagung/masak dan goreng sehingga garing.
Kuah Satay
Bahan-bahan
1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah-akak guna gula melaka
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

1 batang serai-titik hujung


Bahan mesin/kisar
5 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
lebihan bahan rempah perapan ayam/daging

minyak dan garam secukupnya
akak tambah 1/2 cawan santan


 
Cara-cara

1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.

2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.

3. Masukkan gula, santan  dan garam secukupnya. Masaklah  dengan api perlahan sehingga naik minyak.

Hidangkan bersama lontong daun/nasi impit ataupun ketupat dan semestinya satay goreng.



Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...