OOO

Memaparkan catatan dengan label cara masak itik salai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara masak itik salai. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 01, 2009

Masak Lemak Itik Salai

Pernah makan itik tak? akak selalu gak makan sebab abah suker makan...bila abah suker makan...mak rajin masak...skrg ni harga itik mahal betul..tapi sekali-sekali nak lepas gian belilah jugak..akak beli kat pasar tani bersama dengan burung puyuh.  Yang best tu dah siap salai...
Bahan-bahan
  • 1 ekor itik - di potong 1
    2  batang serai, diketuk
  • 500gm santan pekat
  • 400gm air
    1 keping asam keping
  • 1 helai daun kunyit-dicarik-carik
  • 2 biji ubi kentang-di buang kulit dan di potong 6 setiap satu
  • Garam 
Bahan tumbuk/kisar (lagi sedap di tumbuk)
  • 15 biji cili api-kalau nak pedas boleh tambah lagi
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 1 inci halia
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit garam
Cara-cara
1.  Itik dah siap salai takyah dibersihkan..terus masukkan dalam periuk.
2.  Tumbuk lumat cili api bersama bahan lain dan masukkan bersama-sama itik tadi.
3.  Titikan hujung serai dan masukkan kedalam periuk.
4.  Masukkan santan pekat dan air dan hidupkan api sederhana dan kacau sehingga santan mendidih.
5.  Bila mendidih, masukkan pula ubi kentang dan tunggu sehingga ubi kentang empuk.
6.  Bila empuk perisakan dengan garam dan masukkan daun kunyit.
7.  Biarkan sebentar dan barulah dipadamkan api.

lain kali boleh beli sebab daging dia memang empuk...berbaloi beli walaupun agak mahal...
goreng pulak ikan masin....tak boleh di amalkan selalu...bagi orang berumur macam akak ni...sekali-sekali bolehlah...

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...