OOO

Memaparkan catatan dengan label cawangan restoran jombali. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cawangan restoran jombali. Papar semua catatan

Khamis, Disember 22, 2011

Review : Cawangan Terbaru Restoran JomBali Di Setapak

 kredit pic eyriqazz
Ingatkan Jombali ni berkonsepkan Bali ataupun masakan Bali.  Rupanya kat sini ada bermacam-macam masakan.  Sekarang ini Jombali telah membuka cawangan baru di Jalan Genting Klang.  Akak dan Geng Tali Barut telah di jemput untuk merasai masakan kat sini.
 
Ada stail western seperti Lamb Chop Black Pepper Sauce yang berharga RM16.90 ..murah bukan.
 
Ada gak nasi goreng...fuhhhh udangnya besar-besar.  Paling akak suka Bihun Siam..memang sedap...ada gak rojak buah, ayam goreng..akakl lupa nak snap gambar.

Kalau nak tenguk lagi apa yang ada kat jombali korang boleh tenguk SINI
Air pun ada bermacam-macam jenis..akak punya Vanila Dragon Fruit 
 
Daydeck sampai tambah berkali-kali...
tempat makan luas ..boleh pot pet pot pet sambil makan-makan
Tenguklah pinggan kami....Imran kekenyangan sebab dapat makan free.  Rasanya semua yang hadir puas hati dan kata makanan yang ada memang sedap.
 Kawan anak akak yang menggantikan member blog yang tak dapat hadir.  Ok kan lah tu kan, rugi kalau ada seat kosong.  Lepas tu sessi pot pet pot pet sambil berbincang tentang blog.
Geng Tali Barut kalau jumpa mesti nak ambil gambar.  Ada sekali Pengurus JomBali Setapak, Md. Faizal Zainal Abidin yang kat belakang  dan Razif Hashim sebelah kiri  (pelakon,presenter, dan Creative consultant). Credit picture to FB JomBali)

Awek cun sebelah akak tu blogger gak..ni link dia kalau korang nak berkenalan
Sebelum pulang ambil lagi gambar.  Terima kasih kepada JomBali yang sudi menjemput kami.  Rasa tak puas makan secara buffet..nanti kalau ada rezeki boleh bawa anak-anak yang lain pula.

Sayangnya ada 3 geng tali barut  tak boleh hadir di saat akhir.

Korang boleh baca review dari geng tali barut yang lain

Kalau korang nak singgah bolehlah ke sini

Setapak Platinum 128, 

Jalan Genting Klang

Kuala Lumpur, Malaysia 
ataupun boleh ke cawangan-cawangan yang lain ..rujuk kat http://www.jombali.com.my/blog/
 

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...