OOO

Memaparkan catatan dengan label central shoe jalan tunku abdul rahman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label central shoe jalan tunku abdul rahman. Papar semua catatan

Rabu, Ogos 17, 2011

Alahai Anak......

Sape lagi nak akak nak layan sekarang ni kat rumah , cuma Imran sahajalah budak kecik yang tinggal. Akak yang sibuk carikan baju, seluar dan kasut raya buat dia. Yang lain dah besar dah pandai pilih sendiri. Masa beli baju raya kat JJ sebelum bulan puasa tak ada pulak jual baju melayu lagi masa tu.
Bila pergi ke Jalan TAR akak pun masuklah ke Mydin. Mula-mula nak cari tudung tapi bila nampak baju Melayu budak lelaki akak pun beli kat situ sebab harga taklah mahal sangat. Bagi pandangan mata akak warna baju melayu ni lembut dan kain pulak sejuk bila di pakai.
Akak pun letaklah baju raya kat depan..
kononnya nak bagi dia happy
Tapi kan bila Imran balik dari sekolah...
Mak...mak...ni baju sape?
Baju raya Im lah.....
Haaaa apasal tak lawa..

Alahai....sedih pulak bila Imran kata cam tu. Bila ayah dia balik ayah dari kerja dia pun bagitau kat ayah dia...

Ayah..mak beli baju Im tak lawa..colour buruk..
Aaahhh lah..macam kain buruk ...warna pun tak cantik (sajer ajer suami nak kenakan akak)
Ina..ingat Imran tu kecik lagi ker? Dia dah pandai pilihlah..
Lain kali bawa dia sekali kalau beli.
Geram akak di buatnya... sabar ajerlah..budak sekarang tak macam akak dulu..apa mak abah beli pakai ajer..baju akak dengan kak long mesti sama..nasib baik kasut tak sama. Tak pun kami cakap apa-apa...rasa happy ajer bila dapat baju baru.

Selalunya mak suka belikan baju kat Globe Silk Store Jalan Tunku Abdul Rahman salah satu tempat membeli belah paling fofolur masa tahun 1970an dan 1980an..boleh dikatakan semua baju, kain ela, baju sekolah beli kat situ.

Kasut pulak mak dan abah suka belikan kat Central Shoe. Sekarang ni Globe dah tak ada cuma tinggal Central Shoe ajer. Teringat kenangan lama.

p/s Cuma anda tenguk...lawa kan baju melayu Imran ni....(nak pujuk diri sendiri)

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...