OOO

Memaparkan catatan dengan label cerita periuk vision. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita periuk vision. Papar semua catatan

Isnin, Mac 21, 2011

Hobi Beli Pinggan Mangkuk, Periuk Belanga

Pernah terbaca di blog Eyriqazz yang buat N3 pasal isteri dia yang suka beli tapi tak pakai pun pinggan mangkuk dan tupperware. Cuma buat display kat gobok ataupun almari dapur.

Buat pengetahuan lelaki-lelaki dan suami-suami, memang ada separuh dari orang pempuan memang suka sesangat beli dan simpan benda-benda ni semua termasuklah akak. Cuba tenguk mak kita dulu-dulu pun camtu jugak kan. Arwah mil pun camtu jugak. Tapi bukan semua yer.

Akak nak cerita dari pengalaman akak yang telah berjaya mengumpul koleksi pinggan mangkuk dan periuk belanga. Cukuplah nak menampung kalau ada kenduri kecil-kecilan ataupun bila saudara mara datang terutama bila adik beradik hb yang berjumlah 12 orang dan anak buah beliau. Tak yah sibuk nak pening fikirkan mana nak pinjam bila dia orang datang.
Semasa baru kawin, akak duk rumah mak kat Kuala Lumpur sebab hb kerja di Jay Bee, jadi taklah beli apa-apa pun. Nak buat apa beli sebab kalau orang datang umah mak, guna ajerlah koleksi mak. Akak ada gak beli teko set arcopal dan mangkuk bertingkat tak ada jenama masa akak kerja di Kementerian Kesihatan.

Dah berhenti kerja dan berpindah ke Johor Bahru selepas Russhdi berumur 6 bulan lebih, akak bawaklah hadiah kawin seperti gelas, teko dan bermacam-macam lagilah perkakas makan minum ke sana. Mak ada gak bagi sikit pinggan mangkuk.

Masa duk kat situ memang tak beli apa-apa pun walaupun setiap bulan pergi ke Singapore. Bila dah sarat mengandungkan Firdaus akak cuma balik dengan Russhdi naik keretapi sebab nak bersalin kat sini. Senang sikit mak nak jaga bila dalam pantang nanti. Mak dan abah tunggu kat Stesyen Keretapi Kuala Lumpur.

Alhamdulliah masa tunggu due date, hb akak dapat tawaran kerja di Kuala Lumpur. Kenalah sewa lori dan angkut barang kat Jay Bee tapi akak tak larat nak ikut cuma hb dan driver lori ajer. Kat sana yang tolong angkat barang cuma hb, 2 orang adik hb dan sepupu akak kat Skudai yang tolong angkut barang kat tingkat 2 di Tampoi.

Masa duk kat Jay Bee ada 2 orang adik ipar yang tumpang kat rumah akak. Suami akak pun tinggalkan barang makan minum kat mereka cuma angkut barang yang perlu ajer. Barang dalam bilik akak, kerusi kat depan dan pinggan mangkuk hb tinggal sebab adik beradik dia nak guna. Nanti kalau ada rezeki beli lagi kat Kuala Lumpur.

Kami menyewa di Taman Melati selepas akak habis pantang selepas bersalinkan Firdaus. Beli pinggan mangkuk baru kat Chow Kit termasuklah batu tumbuk. Pakai ajer pinggan mangkuk yang tak ada jenama. Janji boleh makan dan minum, lagipun kedudukan kewangan ketat sikit sebab hb kerja seorang pastu anak dah 3 orang.

Lepas dah ada Yana kami pindah ke Flat Gombak Setia sebab dekat dengan rumah mak, jadi senanglah mak dan abah tenguk cucu. Kat situlah akak mula membeli pinggan mangkuk berjenama secara berhutang dengan jiran kat tingkat bawah. Pertama kali beli kuali dan periuk arcopal yang berbunga kecil. Bayar ansuran sebab kalau beli tunai mana mampu..bayar pun guna lebihan duit dapur.

Tapi tak pakai pun cuma simpan dalam gerobok dengan alasan sayang..takut pecah nanti susah nak beli lagi. Bukan senang tau nak dapat masa tu...sebab arcopal kira jenama fololur pada tahun 90...an..harga pun boleh tahan.

Ada gak akak beli arcopal warna hitam kat Kedai Bebas Cukai kat Bukit Kayu Hitam masa first time gi jejalan ke Pulau Pinang dan Langkawi...tapi sayang semua dah tak ada..dah pecah sebab di gunakan.

Akak mula kerja balik tahun 1993 setelah berhenti pada pertengahan tahun 1987. Oleh sebab dah ada duit sendiri akak beli tunai periuk vision warna coklat 3 tingkat dan satu periuk kaca bertangkai jenama yang sama di Pertama Kompleks. Masa tu ada sales. Periuk vision memang akak guna buat masak hari-hari. Berbaloi sebab sampai sekarang masih ada lagi periuk tu.

Lepas tu akak jatuh cinta dengan tupperware tapi taklah beli banyak pun. Cukuplah untuk pakai ajer tapi sekarang ni stok dah tinggal sikit sebab anak-anak kalau bawak ke asrama ataupun ke sekolah selalu tinggal ataupun hilang.

Pergi lagi sekali ke Langkawi sebab ada family day office hb..dah sampai kat sana akak beli pulak Queen Anne 2 ketui bentuk bujur dan beli gak masa sales...tu ajer yang ada sampai sekarang. Pernah gak guna tapi cam leceh sebab kena gilap selalu.

Sekali lagi akak ke Langkawi sebab bawa bapa mertua nak tenguk rumah anak lelaki dia yang pindah ke sana. Akak beli lagi mangkuk arcopal dan beli tefal ajer.

Lepas tu buat hutang lagi beli set pinggan mangkuk arcopal yang ada jualan istimewa kat member hb...bayar ansuran 10 kali..dah lama dah 4 tahun yang lepas kot dengan alasan rasa sayang nak keluar duit selepuk. Tu pun banyak yang dah sompek dan pecah sebab buat pakai harian. Yang tinggal satu set ajer rasanya.
Masa abah akak jadi dealer Syarikat Menang, beli pulak ansuran dengan abah akak dan yang paling fofolur dulu pinggan mangkuk set melamie...dek sebab guna hari-hari bunga kat pinggan tanggal. Pastu heboh tak leh guna terus akak buang semuanya. Pernah beli pinggan mangkuk warna merah tapi boleh di katakan banyak yang pecah sebab tak tahan. Baki yang tak pecah akak bagi mak. Kalau Tefal atau pun non stick pan akak suka beli masa JJ Member Sales.

Kalau nak beli gelas pulak akak suka beli masa Giacomo buat jualan murah kat Batu Caves..memang murah sungguh..macam biasa banyak yang pecah sebab ada anak kan...biasalah tu.

Masa ikut abah dan mak gi ke Kelantan beli stok kain baju untuk jualan hutang, selalulah ke Rantau Panjang dan dah tentulah ada gak beli tapi beli set teko ataupun jug dan gelas jenis lumarinac.

Ada yang akak pakai..ada gak yang dalam kotak sehinggalah berpindah ke rumah sendiri. Barulah akak guna dan sejak tu akak jarang beli lagi. Lepas tu beli ikut keperluan sebab anak-anak ashik pecahkan dan rosakkan non stick pan..habis rosak sebab mereka guna sudip besi bila goreng telur, hotdog ataupun burger. Elok gak pecah dan rosak sebab ada alasan beli baru.

Masa duk kat Jakarta memang tak pernah beli lagi. Beli vision berbunga kat atas tu masa gi ke Langkawi 2 tahun lepas dan beli pyrex yang akak guna bila nak bakar ayam. Tahun lepas ada gak beli Tefal itupun masa sales.

Last sekali berhutang pinggan mangkuk tahun lepas beli vintage 2 set sebab hb dia kerja tentera dan harganya memang murah sungguh. Masalahnya anak-anak kata pinggan vantage ni berat ek terutama bila Imran nak bawa masuk ke sink lepas makan.

Masa gi Kelantan tahun lepas akak cuma beli jug dan mangkuk kristal. Malas dah nak beli hutang sebab rasa dah mampu nak beli tunai tapi tak boleh di layan sangat nafsu ni kan.

Panjang ek cerita tentang pinggan mangkuk ni. Tak habis-habis satu hari satu malam. Orang pempuan hobi camni..orang lelaki pulak berhabis duit cantikkan kereta, pasang speaker ataupun sport rim ataupun habiskan duit beli rokok.

Erhmmm ada ker yang suka beli pinggan mangkuk cam akak ni.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...