OOO

Memaparkan catatan dengan label coklat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label coklat. Papar semua catatan

Ahad, Julai 15, 2012

Ole-Ole Dari India

syok kalau Yana balik..selalu beli coklat mahal...alahai gomoklah omak ni Yana oiii
 Teh Taj Mahal ni sedap..dan semestinya tepung capati..susah nak cari kat sini.  Ada yang bertanya kat mana nak cari kat sini..akak tak taulah kat mana..

Bila akak bagitau Yana..dia kata dia boleh tolong belikan tepung capati ni..tapi terhad ke 5kg..maknanya untuk 5 orang ajer. Sape nak bagitau kat ruangan komen yer

Harganya RM5.60 sekg..tak masuk pos..insyallah dia balik lagi 2 hari sebelum raya..akak dapat hantar lepas raya lah yer.  Al maklumlah bzzz buat kukis ..


Ahad, Mac 20, 2011

Berhasil....berhasil

Dah beli almond, mould coklat (sajer pilih bentuk camni...mcm comel ajer bila dah jadi) , coklat bar dan kacang hazel masa raya tahun lepas. Tapi nak buat cam takut-takutlah pulak. Tak konfident nak membuatnya. Orang kata kalau buat ada angin M memang selalunya tak jadi. Maka terperaplah semua tu dalam peti sejuk berbulan-bulan.

Bila pergi kenduri ulangtahun perkawinan 2 minggu lepas dia bagi buahtangan coklat kepada semua tetamu yang hadir. Terus tanya macamana nak buat. Rupanya senang bebeno nak buat coklat ni.

Terus esoknya akak buat. Kena panggang almond dah kacang hazel baru masukkan ke dalam coklat cair. Akak letak sampai 3 kacang hazel dan almond sebab memang suka dengan kacang ni. Pastu akak guna dark coklat jadi taklah manis sangat rasa coklat ini. Dalam bancuhan coklat cair tu akak masukkan juga almond cincang yang telah di kisar.
Bekas nak letak coklat tu besar sangat. Nanti kena cari yang kecik sikit. Cuti sekolah akak suruh Ira pula belajar buat.

Ira kata..alahai senangnya nak buat sendiri coklat ni kan mak.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...