Assalammualaikum semua
Bila dah duk jauh dan memerlukan pengangkutan udara memang terpaksa ambik tau kalender dan cuti sekolah 2015 sehingga kami pindah semula ke semenanjung.
Cuma inilah saja pengangkutan yang boleh di gunakan, tak macam kat kl vromm jer guna highway kalau nak ke mana-mana.
kalau nak balik pun kenalah tenguk gak cuti yang penting seperti Hari Raya Aidil Fitri mestilah balik ke Kuala Lumpur, menangis kang kalau raya kat sini.
Macam biasalah MAS ataupun Air Asia kalau cuti perayaan dan cuti persekolahan harga tiket teramatlah mahal.
Bahagian pengurusan sekolah harian dan maklumat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menerbitkan perincian takwim persekolahan bagi sesi tahun 2015 dan kebiasaannya akan dipaparkan di laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my pada bulan oktober 2014
Takwim tersebut akan dibahagikan kepada dua kumpulan A dan B mengikut sekolah-sekolah di seluruh negeri di Malaysia
Nota : Lampiran akan dikemaskini kelak dan dipaparkan dalam ruangan ini
