OOO

Memaparkan catatan dengan label cuti-cuti ke cameron highland. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuti-cuti ke cameron highland. Papar semua catatan

Khamis, Januari 03, 2013

Al Mashoor Strawberries Cameron Highland

Assalammualaikum dan selamat pagi semua

Bila nak pulang semula ke Kuala Lumpur, akak suruh suami ikut pula jalan keluar tol Simpang Pulai..tak sanggup nak mengharungi perjalanan macam ular di palu tu..kebetulan cuaca pula tak berapa elok..hujan renyai-renyai.
Takut pula bila tenguk banyak jalan runtuh masa naik..walaupun ralat sebab Imran tak merasai kesejukan air terjun Lata Iskandar dan kami tak dapat rasa buah durian yang banyak di jual orang asli di tepi-tepi jalan sepanjang nak ke atas dari Tapah.  Tak sanggup  akak tenguk muka anak-anak toya dan pucat lesi sebab rasa mual dan pening kepala.
Lagi pun nak gak tenguk apa kelainan yang ada kalau ikut jalan ni.  Jalan agak sesak walaupun pagi isnin sebab cuti sekolah dan ramai yang berhenti di kiri kanan jalan..singgah tenguk itu dan ini dan beli sayur, bunga dan mcm-mcm cenderahati sebelum nak pulang.
Dalam banyak-banyak ladang stawberries ..nilah baru akak jumpa kepunyaan orang islam sebab kat sini ada surau. Ladang starwberry dan pusat jualan jenama Al Mashoor adalah antara jenama terkenal di Cameron.
Selain ada di jual jem, jus dan kordial yang di buat sendiri (homemade) ada gak ais krim strawberri..anak akak nak rasa.  Ada gak di jual jem strawberry yang amat istimewa kerana tidak di letak sebarang perasa..lagipun taukeh (Tuan Syed) adalah bekas Ketua Stesen Mardi Cameron Highland.  Kalau nak apa lagi yang ada boleh ke SINI


Ramai gak yang beli ais krim sebab cuaca agak panas pada masa tu.. ais krim “home made” yang mempunyai rasa yang berlainan daripada ais krim yang terdapat dipasaran. Seratus peratus menggunakan puri asal strawberi mengekalkan rasa semulajadi strawberi tersebut.
 
Tapi sayangnya masa kami sampai buah strawberi yang masak dah habis di petik..cuma tinggal yang muda ajer.
Bergaya dengan topi kerbau dia..seronok akak bila Imran beransur sembuh selepas minum air madu yang kami beli di Pasar Malam Brinchang..tak lah ashik uhukkk...uhukkk... 

Terima kasih Yana yang sudi menjaga Imran dan paksa dia minum air madu setiap kali Imran batuk teruk...bukan apa..dia kata tak leh tidur bila Imran ashik batuk..

Mak dan ayah duk rehatlah dalam bilik lain...kasi can aaa
 

Rabu, Disember 26, 2012

Makan Makan Di Hotel Heritage Cameron Highland

Assalammualaikum semua.

Imran memang batuk dari rumah lagi...makan pun tak ada selera.  Kami bertolak dari rumah ke CH dalam pukul 9 lebih.  Sebelum singgah dulu pekena roti canai tapi imran makan sikit dan minum air milo saja.  Yana bagi minum ubat batuk sebelum memulakan perjalanan.  Bila dah pekena ubat batuk tentulah lalok kan.

Sepanjang perjalanan ke CH, Imran tidur..kalau jaga pun tanya..jauh lagi ker?
Masa naik ikut jalan cam ular di palu dari Tapah..air muka Imran dah lain macam..akak siapkan plastik dan minyak chap kapak.
Bila sampai di Ladang Tea Bharat Cameron Highland sempatlah Imran minum teh dan berposing bersama kakak dia di situ.  Tapi dalam perjalanan naik balik ke atas, dia terasa pening..tak larat nak jalan.  Terpaksalah berehat sebentar kat sini.

Kami cadang nak gi lunch kat Pekan Tanah Rata, tapi jalan jemlah pulak..Imran dah pucat..mungkin kelaparan sebab tak makan apa-apa ..lagipun dah dekat pukul 2.00 petang.
Nasib baiklah ternampak Hotel Heritage..tempat kami menginap di Cameron Highland..lega tak payah tempuh jalan yang sesak.  Nasib baik boleh check in..letak beg dan suami ajak gi makan kat sini ajer.  Tak berbaloi nak tempuh jalan sesak semata-mata nak makan kat Tanah Rata.
Nasib baiklah ada bubur nasi dalam menu..terus order untuk Imran..sedap pula bubur ayam ni..mangkuk pun besar.
Semua gelak bila akak order nasi goreng kampung..sekali tiba 
akak rasa happy sebab macam-macam ada
Ira order pizza..sedap gak pizza ni dan besar gak saiznya..tak habis makan kami selamba tapau
Puas hati fish and chip ni..ada 2 ketui..besar pulak tu...yang paling best sebab isi ikannya fresh..
Yana teringin nak makan steak..menu yang paling mahai ...amboi sekali sekali Yana pau ayah dia.  Puas hati makan kat hotel ni..harga pun idaklah mahai sangat pun.   Insyallah jika ada rezeki dan umur leh makan kat sini lagi.

Khamis, Disember 06, 2012

Bharat Tea Plantation-Bercuti Ke Cameron Highland

Akak dah pernah pergi ke Cameron Highland pada tahun 2001 kerana di hantar berkursus.  Tapi tak gi jejalan sangat pun sebab padat sangat jadual yang di sediakan.  Cuma sempat pi tempat tanam strawberi dan pasar malam brincang.  

Bila tenguk jalan macam ular dipalu bila nak ke sini..langsung tak nak pi lagi dah.  Cuti kali ni kami rancang nak gi sini sebab suami akak  seumur hidup tak pernah naik termasuk anak-anak akak. 

Bila mula naik...semua dah risau sebab mereka ni bukan leh jalan camni, bengkang bengkuk....alamat termuntah hijau dibuatnya.  Akak dah suruh prepare beg plastik, asam dan minyak chap kapak.  Sepanjang perjalanan banyak gak tanah runtuh yang sedang di perbaiki dan banyak jalan rosak sebab musim hujan, kenalah bawa perlahan-lahan.  

Kalau ada keta kat depan jalan cam semut, kita terpaksalah follow, sebab payah sikit nak potong, kang tak pasal-pasal leh jatuh dalam gaung.  Seram sejuk tenguk kenderaan yang turun ke bawah, laju semacam..macam nak langgar kita ajer.

Walaupun banyak orang asli jual durian tapi anak-anak tak nak gak makan..takut loya.  Bila sampai kat Air Terjun Lata Iskandar semua teruja dapat tenguk air terjun yang sungguh cantik, kami tak singgah sebab tak ada tempat nak parking. 

Suami bawa tak laju, pastu buka tingkap sebab nak bagi anak tak pening kepala, anak-anak kat belakang termasuk akak duk diam-diam, ashiklah dorang bertanya, bilalah nak sampai ni.  Terasa sungguh jauh nak sampai ke atas...akhirnya selamat gak sampai ke Ringlet..legaaaa.
Kami singgah kat Bharat Tea Plantation..nak berehat sebentar sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT.
Sambil  menikmati pemandangan indah ladang teh milik syarikat Bharat Tea Plantation Sdn Bhd yang menarik, kira-kira 5km sebelum sampai Tanah Rata kami menikmati seteko teh pudina.  
 
Harganya boleh tahan...kalau nak makanan ringan cam karipap, scones boleh gak..tapi harganya meletup aaaa.
 
Bharat Tea Plantation Cameron Valley adalah salah satu dari 3 ladang teh yang boleh dilawati di Cameron Highlands selain ladang Boh di Ringlet dan Sg Palas.  Memang cadang gak nak gi ladang Boh di Sungai Palas tapi bila tenguk jalan nak pi sana kotor dan lecak, kami tak jadi pi. 
Terletak di kawasan berbukit, tumbuhan teh ditanam  pada suhu optimum yang membolehkan daun teh yang berkualiti untuk ditanam. Ladang Teh Bharat terletak di suatu tempat antara Habu (Ringlet) dan Tanah Rata dan senang di jumpai kerana terletak di tepi jalan, yang bestnya nak masuk ke sini tak di kenakan bayaran. 


 
Dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga petang, kalau anda nak tenguk cara dorang petik daun teh kenalah datang awal pagi. Nama yang betul untuk pusat teh ini adalah Ladang Teh Cameron Valley tetapi ia sering dikenali sebagai Ladang Teh Bharat kerana ia dimiliki dan dikendalikan oleh Kumpulan Bharat.
kalau larat anda boleh turun sampai ke bawah
Bharat Tea Plantation memulakan perniagaan mereka pada tahun 1933 dan mula memproses sendiri daun teh pada 1950s.   Tak larat nak turun sampai kat tempat cantik ni tapi  alangkah bestnya jika dapat melawat kilang memproses teh..tapi sayangnya pengunjung tak di benarkan untuk melawatnya.


 
Seronok sungguh anak-anak akak kerana dapat merasai pengalaman sebegini, dulu masa mereka bersekolah kalau ada rombongan nak ke sini, akak tak bagi pi sebab akak risau bila memikirkan jalan yang bengkang bengkuk..lagipun dorang bertiga ni memang kaki muntah bila lalu jalan camtu.


Tak larat nak turun bawah..akak posing dari atas saja...sape yang pegi ke Cameron Highland bolehlah singgah yer.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...