OOO

Memaparkan catatan dengan label email. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label email. Papar semua catatan

Jumaat, November 12, 2010

ChurpChurp Bukan Chupa Chups

Jangan salah sangka yer...Churp Churp bukan Chupa Chups yang bila kita makan dia akan habis.  Kena beli dengan RM pulak tu.  
ChurpChurp  pula ialah seorang burung biru yang comel.  Dengan Churp Churp kita boleh menjana pendapatan tambahan ataupun dapat RM.  Tak percaya ker?
Ni buktinya.  Akak rugi sebab lambat join.  Agaknya kalau cepat tentu dah boleh cash out duit ni.  Tak perlah, lama-lama banyak jugaklah kan.

Dulu bila geng tali barut bagitau  suruh akak   join akak buat derkkk ajer..sekarang baru padan muka..orang lain dah cash out akak baru banyak ni..tak per pelan-pelan cam siput..nanti bergerak gak duit tu.
Jom baca fakta bukan auta tentang ChurpChurp.
Fakta  Bukan Auta Pertama
ChurpChurp ni adik kepada Nuffnang ataupun di panggil anak syarikat ataupun sebahagian dari Nuffnang.  Ala macam adik beradik sepusat sepusing.
Senang ajer nak join ChurpChurp ni.  Mula-mula kenalah register dulu. Register kat http://www.churpchurp.com/register-twitter/ .

Pastu tunggu ajer tugasan aka assignment yang akan di beritau melalui e mail.

Ni salah satu contoh assignment yang akak kena buat.  Lepas tu kena tunggu dia approved ataupun tidak.  Kena gunakan keyword yang di beri.   Kalau tak gunakan keyword selalunya assignment akan di tolak. 

Kalau kita tak nak buat pun tak apa.  Tapi rugilah kan sebab macam menolak rezeki.  

Berapa bayarannya ditentukan melalui follower di twiter.  Kalau ramai cam Redmummy tu banyaklah dapat.  Macam akak ni dapat sikit ajer sebab follower tak ramai lagi. Tak perlah kan...pelan-pelan macam siput lelama laju macam roket nanti.

Kena bersabar kalau nak dapat assignment yang pertama sebab bukan senang nak senang.
Fakta  Bukan Auta Kedua
Ini buktinya.  Main layang-layang di Taylor's University pada bulan Oktober yang lalu.
Fakta Bukan Auta ke Empat
Boleh gak dapat jemputan tenguk wayang.  Kalau ada rezeki akak bolehlah tenguk nanti cerita ni.
 Kalau nak tenguk movie Rapunzel tu kenalah tweet tweet sambil letak gambar kononnya akak berambut panjang.  Terpaksa letak rambut palsu sebab takkan nak buka tudung.  Kalau ada rezeki dapatlah tiket free.

Fakta Bukan Auta Ke Lima
Kita boleh sertai kempen.  Kalau ada rezeki kita pun boleh join sama kempen ni.

Tak Percaya Lagi Ker?  Percayalahhhhhhh semua ni adalah Fakta Bukan Auta Tentang ChurpChurp. Oh yer..mesti gak ada akaun twiter tau, kalau idak camner nak tweet tweet.

Jomlah Join Sekarang!  Jangan Menyesal di Kemudian Hari.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...