OOO

Memaparkan catatan dengan label emas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label emas. Papar semua catatan

Sabtu, Julai 03, 2021

ILMU PAJAK GADAI EMAS

 ILMU PAJAK GADAI EMAS


Assalammualaikum 

Sekarang ni barulah akak cerdik pasal ilmu emas. Dulu tak tau sangat pun. 

Hasil dari bercampur dengan geng/group Emas pelbagai ilmu yang akak dapat. 

🌷JOM BACA🌹

4 perkara penting yang anda kena tahu bila nak pajak emas.


1. Harga emas.

2. Kadar pinjaman.

3. Kadar upah simpan.

4. Tempoh pinjaman.


KETERANGAN.


1. Harga emas.


Harga emas akan mengikut harga semasa dan berbeza mengikut mutu emas. Setiap harga emas akan berbeza di setiap tempat pajak/arrahnu. Ada yang ambil tinggi dan ada yang ambil rendah.


Jenis mutu emas.

• 999

• 950

• 916

• 875

• 835

• 750

• 585


Makin tinggi ketulenan emas anda, maka tinggilah harga emas yang anda akan dapat.


2. Kadar pinjaman.


Kadar pinjaman adalah jumlah pinjaman yang anda akan dapat daripada jumlah harga emas yang ada pajak. Setiap tempat pajak/arrahnu berbeza kadar pajak. 

Ada yang beri 60%, 65%, 70%, 75%, 80%. Malah yang lebih tinggi pun ada. Makin tinggi kadar pinjaman, maka makin tinggilah duit anda dapat pinjam.


3. Kadar upah simpan.


Caj yang dikenakan sebagai upah mereka menyimpan emas kita. Kadar upah simpan juga berbeza mengikut tempat pajak/arrahnu. Biasanya akan dinilai berdasarkan nilai emas yang kita pajak.  


Yang berbeza adalah kaedah yang digunakan. Ada yang setiap RM100, ada yang berdasarkan peratus. Contoh seperti di bawah.


Nilai Marhun Kadar upah simpan bulanan bagi setiap RM100 nilai marhun


RM2000 pertama ke bawah RM0.70

RM2001 hingga RM10000 RM0.75

RM10001 ke atas                 RM0.80


Contoh kiraan, kalau nilai marhun emas anda RM2000.


RM2000 ÷ RM100 = 20

20 x RM0.70 = RM14


Maka, upah simpan anda untuk sebulan ialah RM14


4. Tempoh pinjaman


Tempoh pinjaman adalah tempoh masa yang diberikan untuk anda bayar balik pinjaman yang telah dibuat termasuk upah simpan.

Tempoh pinjaman juga berbeza mengikut tempat pajak/arrahnu. Ada yang tempoh pinjaman setahun, ada yang 6 bulan. Ada juga yang 6 bulan + 6 bulan. 


Ada juga yang dapat buat 6 bulan + 6 bulan sehingga 5 tahun. Kebiasanya kalau anda mahu + 6 bulan anda perlu bayar dulu upah simpan yang asal.


Bagi cara bayaran, ada tempat yang anda boleh bayar bila-bila masa sahaja, bayar sikit-sikit. Ada yang boleh bayar bulan-bulan. 

Ada yang perlu bayar sekaligus. Dan ada juga yang fleksibel terpulang pada anda nak bayar macam mana.


CONTOH PENGIRAAN PINJAMAN YANG ANDA AKAN DAPAT  BERDASARKAN SITUASI SEBENAR.


Anda nak pajak/arrahnu 10gram jongkong emas anda yang berketulenan 999.


1. Harga emas 999 hari ini RM280

2. Kadar pinjaman 75%


10gram x RM280 = RM2800

RM2800 x 75 = RM210000

RM210000 ÷ 100 = RM2100


Maka, jumlah pinjaman yang anda akan dapat ialah RM2100


BAGI PEMBAYARAN PULA ANDA KENA BAYAR JUMLAH PINJAMAN + UPAH SIMPAN. HABIS BAYAR ANDA AKAN DAPAT BALIK EMAS ANDA.


MANFAAT DARI PAJAK/ARRAHNU EMAS.


1. Dapat buat pinjaman tanpa ada unsur riba.

2. Dapat buat pusingan modal atau besarkan bisnes bagi peniaga tanpa perlu meminjam dengan bank.

3. Rata-rata orang memajak emas kerana mahu beli sesuatu. Contoh anda nak beli TV LCD berharga RM2000. Nak bayar terus RM2000 mungkin tidak mampu atau bajet bulanan anda lari.


Cara terbaik, pajak/arrahnu emas anda, duit dari hasil gadaian anda beli TV LCD. Bulan-bulan anda hanya perlu bayar di arrahnu. 

Kaedah ini jauh lebih jimat berbanding  buat pinjaman kedai atau bank, sebab anda perlu bayar kaedah faedah yang tinggi. Habis bayar anda dapat TV dan EMAS.

4. Dapat digunakan waktu kecemasan tanpa perlu menyusahkan orang lain.


NOTA TAMBAHAN.


1. Pajak di arrahnu (pajak gadai Islam) lebih selamat kerana simpanan emas anda dijamin dan tiada unsur riba.

2. Pajak hanya bila perlu dan ada matlamat yang jelas. Jangan pajak emas anda hanya kerana mahu ada duit di tangan semata-mata.


KESIMPULAN.


Anda perlu bijak membuat perbandingan di setiap tempat pajak/arrahnu berdasarkan 4 perkara utama tadi. Kemudian, anda nilailah sendiri tempat yang mana yang lebih berbaloi untuk anda pajak/arrahnu emas anda.


SEMOGA BERMANFAAT.


Sumber : Facebook  AR Rahnu

🌹P/S Elakkan dari gadai ke kedai pajak bukan Islam. 

Jumaat, April 06, 2012

Nilai Emas Dahulu, Sekarang dan Esok

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Heboh di perkata kat sana sini, orang sekarang ni sibuk buat pelaburan dengan emas disebabkan nilai barangan tersebut naik mencanak-canak. 

Ada yang beli perhiasan dan jongkong emas  di bank seperti  beli di kedai emas macam di Habib Jewel, tempat jual emas yang banyak sekarang ini dan Emas Sri Pinang.
  
Akak tenguk orang dulu-dulu dan orang Pantai Timur terutama di Kelantan memang suka beli emas banyak-banyak.  Terutama bila gi ke Pasar Siti Khadijah..wah berniaga di pasar pun boleh beli emas banyak-banyakkk..orang yang bekerja pun jarang beli emas sebab lebih suka bergaya dengan pakaian, alat solek dan tudung bermacam fesyen.  Terutama orang muda sekarang ni kebanyakkannya suka beli gadjet terkini..asiklah bertukar kononnya nak ikut peredaran zaman,

Memang betullah kata orang tua-tua dulu, baik beli emas dari simpan duit sebab nilai duit semakin rendah, nilai emas dan perak semakin tinggi.  Mereka kata kalau beli emas, boleh di gadai jika ada keperluan yang mendesak..tu sebabnya dulu kalau anak nak belajar mereka akan gi ke pajak gadai untuk dapatkan duit.  Tu cara orang dulu.


Sekarang ni, dorang beli  jongkong emas (99 persen emas) pastu simpan dan di jadikan pelaburan untuk jangka panjang.  Kalau beli jongkong emas, kalau jual di kedai emas pun mereka cuma tolak 8 persen sahaja tak macam perhiasan emas yang mereka akan tolak 18 persen pastu dorang gadaikan kat Ar-Rahnu Agro Bank  dan simpan kat situ sebab selamat simpan di bank dari di rumah.

Untung kan melabur dengan emas ni.  5-6  tahun lepas  harga emas baru dalam RM70-90pergram, sekarang ni dah naik sehingga RM190pergram.  Kalau 5-6 tahun lepas korang beli gelang  29gm baru dalam RM2,300, sekarang ni bila jual dah boleh dapat dekat RM4,000 tau.  

Adik ipar akak cerita barang kemas emak dia dulu yang cuma di beli dalam harga RM5,000 15 tahun lepas, bila di nilai semula di kedai emas dah boleh dapat RM25,000..terkejut beruk dorang tau.  Bila dah banyak camtu kenalah bayar zakat kan.  Zakat kena dalam RM400 lebih.




Akak tertarik bila baca kisah Pelakon Diana Rafar Kaya Kerana Emas. Erhmmm nak beli pun kena ada modal gak kan..kalau pinjam kat bank parahlah dibuatnya gak kan nak bayar bulan-bulan.

Agak korang, kalau melabur dengan emas untung ker idak? 
Kalau korang nak tenguk camner dorang Pajak Emas bolehlah ke SINI 
 

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...