OOO

Memaparkan catatan dengan label farid kamil kata payudara nora danish 50 sen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label farid kamil kata payudara nora danish 50 sen. Papar semua catatan

Selasa, Oktober 26, 2010

Mak apa maksud nasi lemak 50 sen.......

Dek kerana iklan cerita cuti-cuti cinta ni Imran tanya lagi soalan yang susah nak jawab.  Kan dalam iklan filem ni  ada kata...

nasi lemak 50 sen (sambil tunjuk kat dada pelakon Nora Danish)

Malam Isnin , akak tenguklah TV3, keluarlah iklan tu..

Bila habis ajer dialog tu..dia tanya..

Mak apa benda nasi lemak 50 sen tu..

Terkedu akak nak jawab, alamak camner ek nak jawab ni..

Walaupun Imran dah sekolah darjah 3, kita tak boleh tipu anak baya ni.  Sebab kanak-kanak sekarang memang advanced dan cara pemikiran mereka tak sama macam kita dulu.  Kalau kita rahsiakan ataupun coverline, tentu kat sekolah atau bila bermain ada kawan-kawan lain, ada yang bagi maksud yang salah.  Satu hari  nanti dia  akan tau juga.  Baik akak berterus terang .

Akak pun katalah macam ni dengan senyum simpul, suami dan Firdaus ada pulak tu..

Oooo tu kan xxxx dia.

Kenapa pulak panggil nasi lemak 50 sen?

Sebab xxx tu kecik kot.  Nasib baik dia diam.

Firdaus dan suami akak gelak terbahak-bahak.  

Dibuatnya dia kata camni.. 

kalau xxxx tu besar berapa sen pulak?

Ha...sape nak jawab, takkan nak kata,

tu nasi lemak berlauk harga RM3.00.

Tulah pengarah filem ni agak-agaklah nak keluarkan perkataan tersebut  dalam tv.  Budak sekarang bukan macam budak dulu, kalau mencarut sikit ajer kena cili mulut dek mak.  Macam akak dululah, mak selalu ugut...


Sape mencarut mak cili dengan cili api.

Patutlah Gayah Gebu dalam Harian Metro pun  mengamuk sakan, sebab anak perempuan dia pun tanya soalan yang sama.  Orang mudalah memanglah  seronok bila ayat tu di gunakan dan keluar banyak kali dalam tv.  Sebab mereka kata tu lawak berahi.

Tak tahu ker kalau mereka guna ayat tu nanti, samalah macam mereka persendakan ibu, kakak, adik perempuan, makcik, isteri dan kerabat mereka.

Pengarah ni pun satu, lawak lucah macam ni kan tak sesuai  di tunjuk kat tv, kat pawagam lainlah.  Bila kanak-kanak dan remaja tenguk iklan ni mestilah mereka nak tau apakah maksud nasi lemak 50 sen tu.  Nasib tak baik mereka ajak pulak gi ke panggung.

Jelaslah  ayat tersebut merendahkan  martabat kaum wanita.. dan dah tentu selepas ni ramai kaum lelaki menggunakan perkataan ni terhadap xxxxx wanita.  Sape yang malu..kami kaum wanita juga yang malu.  Sabar ajerlah.

p/s  Jangan nanti orang lelaki ingat xxxxx berharga semurah itu ?  Agaknya nasi lemak isteri pengarah tu harga dia 50 sen tak?

 Daydeck ooooo daydeck..mana tiket free cerita ni?  Akak dah tak sabar nak tenguk ni?  Nak tenguk best ataupun idak?

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...