Memang geram bila tenguk gambar pembunuh ni..
Inilah antara suspek yang disyaki terlibat di dalam kes pembunuhan Dato Sosilawati dan 3 orang lelaki yang menyebabkan ramai orang mula membuat pelbagai andaian dan teori.Suspek dikatakan adalah seorang peguam dan sebelum ini mempunyai kes - kes tertentu di mana dia pakar dalam 'menghilangkan' mangsa - mangsa yang pernah berurusan dengannya sebelum ini namun dilaporkan terlepas oleh beberapa akhbar tempatan kerana mempunyai pengaruh yang agat kuat.
LELAKI yang dipercayai seorang peguam bergelar Datuk (kanan) yang menjalankan amalan guaman di sebuah firma di Banting dan tiga lagi suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain ditahan reman di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam. –Gambar Utusan/Abdul Nazir Mohamed
Suspek yang berusia 41 tahun itu merupakan suspek paling dikehendaki, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada pukul 1.40 petang dari Balai Polis Bukit Jalil di sini untuk disoal siasat.
Turut ditahan reman untuk tempoh yang sama ialah tiga lagi individu termasuk seorang yang dipercayai adiknya yang disyaki terlibat dalam kes tersebut, Suspek dikatakan sudah mengaku namun polis masih menganggap kes ini belum selesai kerana masih belum mendapat bukti dari bahagian forensik.

Semuga dia ni dapat pembalasan yang sewajarnya dan semuga keadilan berpihak kepada arwah-arwah yang telah di bunuh dengan kejam.
tinggal senyuman manis buat kenangan kali terakhir.
Al fatihah buat keluarga arwah-arwah yang telah di zalimi.
Al fatihah buat keluarga arwah-arwah yang telah di zalimi.
gambar dari facebook
Sumber : Utusan Malaysia