Selepas ni sotong kurita akan dijadikan tukang ramal bagi setiap perlawanan tak kiralah bolasepak, badminton dan sukan yang lain. Sebab Sotong Kurita Paul telah meramalkan yang Spain akan menjadi juara World Cup 2010/Piala Dunia 2010 dan ramalan beliau memang 100% betul. Kaya rayalah tuan sotong ni yer.
Spain telah mengalahkan Holland 1-0. Jaringan gol dari Andres Iniesta telah memusnahkan harapan Holland untuk memegang Piala Dunia. Banyak penyokong Holland kata pengadil kena rasuah..sebab tu Spain boleh menang.
Tak perlah..kalah pun kalahlah..apa akak kisah (Daydeck yang ajar)...sebab akak bukannya bertaruh habis-habisan sampai muflis .
Cerita pasal Nuffnang lagi best..betul tak? Nanti dapat Buffered Earning ...
credit kat daydeck (akak ambik jgk tapi blurrrr)
Oleh sebab rumah akak dengan Pak Li Kopitiam ni taklah jauh macam umah Kenny di Cyberjaya, akak bolehlah lenggang kangkung dan sempat lagi layan hb makan ....kali ni tak bawak keta..manager aka driver hantar..sampai kat situ Daydeck dan Eyriqazz dah sampai sambil borak dengan Robb.
Dengan gaya Mak Datin ( daydeck yang gelar ni) akak sign autograf
selepas tu seorang demi seorang datang..macam biasalah..kalau tak sawan kamera ataupun giler kamera tak sah kalau dah jumpa reramai ni. Haslina dan Hana pun dah terkena jangkitan.
Lelaki yang single dan dah nikah malam tu.Mohd Zaid , Matjoe , Yeejinlim dan Eyriqazz2 kuntum bunga pada malam tu..bedtimestories dan Hana ...lelaki tu sape ekk..boyfriend dia kot....(bagi link jugak) dan .2 orang lagi dah jadi mak orang
Suker tenguk gambar ni..tq yer daydeck ..
Akak borak-borak dengan Shahreer, Manager kat Pak Li Kopitam Cawangan Setapak Indah dan berliau. Akak korek rahsia dari dia macamana asal usul nama Pak Li Kopitam ni merupakan anak syarikat Nyonya Chicken.
Taukeh Pak Li Kopitam mendapat inspirasi dari 3 nama iaitu Bruce Lee (pelakon aksi fofolur dari Hong Kong), Li Ka Seang seorang jutawan dari Hong Kong dan Lee Kuan Liew bekas Perdana Menteri Singapore (sebab tuanpunya kedai berasal dari Singapore.
Biarlah akak berterus terang ek...dulu bila tenguk dari luar Pak Li Kopitiam ni akak memang takut nak masuk..macam mahal ajer makanan kat situ...tapi bila tenguk harga kat menu..alamak barulah akak tau harga kat sini berpatutan sungguh..tak padan dengan tempat yang cantik dan bersih. Pak Li Kopitiam ni dapat Grade A tau..
Boss Pak Li bersama staff Nuffnang Xin Xian aka Fresh
dan Robb.yang tengah sms tu KennyLagi lelaki yang hadir perondajaketbiru berbaju merah..belakang dia...sape ke.....ramai lelaki dari perempuan
Mak Datin yang suker pot pet pada malam tu...
Robb suruh masing-masing pilih apa yang nak..malam tu kita punyer.suker hati nak makan apa....akak makan chicken chop dan cendul durian
tersenyum sebab kenyang perut suka hati..Robb pun sama
banyak yang pilih nasi ayam lemon dan laksa katong..jika ada RM10.00 sahaja kita boleh makan dengan kenyang tau..dapat makanan dan air..murahkan...nak tenguk menu yang lain KLIK SINI YER
Selepas kenyang..bermula sessi cakap-cakap bersama Eyriqazz yang merupakan guest blogger pada malam tu..antara tip-tip yang beliau sharing
- Setialah pada yang satu...Nuffnang. (jangan nak kejar sana ...kejar kat sini...ala kejar RMlah..tak kan nak kejar orang)
- Perlu sabar dan biarlah berblogging untuk kepuasan diri sendiri.
- Dulu terpaksa blog walking masa baru menceburi dunia blog..kalau tak blogwalking sape yang kenal kamu.
- Join event Nuffnang dan juga contest...kalah pun tak per...kalau menang kira bonus lah...macam dapat promosi percuma kalau menang hadiah..
- Pandai bermain dengan SEO bukan CEO.
- Komen janganlah di shoutbox tapi di bawah N3. Insyallah orang yang di komen akan ke blog kita nanti.
- Update setiap hari.
- Sharing dengan pembaca tip-tip untuk menjadi blogger yang berjaya.
- Ada trademark dan identiti sendiri.
- Rajin-rajinlah menjenguk blogger famous dan cuber baca tips yang mereka bongkarkan dan cuber ikut tips mereka tu.
- Jangan cari gaduh sesama bloggers.
- Rajin bagi backlinks..kira win-win situasition.
Yang lain...luper..tunggulah dia bagitau kat blog beliau.
- Pengiklan yang pilih blog yang mereka nak iklankan..bukan Nuffnang. Nuffnang cuma orang tengah.
- Selalunya iklan akan keluar selepas pukul 12.00 tengahmalam.
- Isi borang survey itu penting. Isikan maklumat tentang blog anda dengan tepat di borang survey.
- Kedudukan iklan di blog masing-masing. Takkan pengiklan nak letak iklan kalau tuan punya blog letak iklan kat bawah sekali atau letak kat bawah lantai..maksudnya biarlah kedudukan iklan sesuai dan semua boleh tenguk iklan tersebut.
- Sebaiknya cash out se tiap hujung bulan. Barulah tak lama tunggu cek..Nuffnang tak nak masukkan duit terus dalam akaun..bahaya..
- Get more trafic dan update sentiasa. Kalau ada be..dan trafik tinggi..lagi banyak RM kita boleh dapat.
- Jika blog yang ada download/youtube..pengiklan tak suker walaupun trafik sehari 10,000 pun.
- Janganlah nak private blog..camner Nuffnang nak letak iklan kalau yang tenguk cuma 2-3 orang ajer...
- Akhir sekali..
BIARLAH SETIAP BLOGGER MEMPUNYAI IDENTITI SENDIRI DAN TIDAK MENIRU ORANG LAIN DAN BERBLOG UNTUK KEPUASAN DIRI SENDIRI.
Sebelum bersurai ambil gambar dulu. Akak ambil dari Mohd Zaid sebab gambar yang ni tak cantik...al maklumlah Imran (datang saat nak habis sessi cakap-cakap dengan Nuffang) yang snap gambar tu.
