OOO

Memaparkan catatan dengan label ga masterchef malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ga masterchef malaysia. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 12, 2011

GA MasterCafe Malaysia-Pendapat Anda Di Alu-Alukan

Akak memang suka tenguk program realiti masakan di saluran astro terutama saluran 703 dan 706.  Suka tenguk cabaran yang mereka hadapi sebelum mereka di gelar juara. 

Pada 22hb. Oktober 2011 di Astro Ria saluran 104 akan ditayangkan satu rancangan realiti masakan yang di namakan MasterCafe Malaysia yang julung kali di adakan di Malaysia tetapi telah menjadi satu fenomena di negara seperti US dan Australia.

Para peserta yang datang daripada pelbagai latar belakang seperti pelakon, doktor gigi, pereka fesyen, penoreh getah dan pelajar universiti, kemampuan mereka sudah diuji sewaktu di Bootcamp. Kiranya yang masuk ni memang bukan chef pro lah kan.  Mesti best tenguk mereka bersilat di dapur pertandingan MasterCafe Malaysia nanti.

Peserta terpaksa mengharungi beberapa siri rintangan dan penyingkiran sebelum 24 peserta terbaik berjaya meneruskan perjalanan mereka dalam MasterChef Malaysia.

Cabaran besar program ini tentu sekali penyediaan masakan yang pelbagai bukan hanya masakan tempatan tetapi juga antarabangsa. Justeru, Chef yang dipilih untuk melatih peserta dan menilai keupayaan mereka perlu mempunyai kepakaran dan kemahiran berbeza.

Keunikan dimiliki 40 orang peserta yang terpilih juga punya tarikan tersendiri kerana mempunyai kualiti yang baik dan berpotensi untuk pergi jauh.

Jangan lupa untuk menyaksikan MasterChef Malaysia dengan episod Peti Saji Misteri dan Ujian Cipta Rasa di Astro Ria (saluran 104) bermula 22 Oktober 2011 dan Kuliah Master di Star World (saluran 711) bermula 27 Oktober 2011 manakala Kuliah Master di Astro Ria (saluran 104) akan bermula minggu berikutnya pada 4 November 2011.

Sebarang  info tentang Program  #MasterChefMY korang bolehlah ke

Memang terujakan nak  tenguk siaran ini.

Sempena siaran MasterChef Malaysia yang pertama pada 22hb. Oktober ini, akak nak bagi GiveAway (GA) kepada 3 orang yang memberi komen di bawah N3 bagaimana terujanya korang nak tenguk siaran MasterChef Malaysia yang julung kali diadakan di sini.

3 orang pembaca  yang memberikan komen/pendapat  yang terbaik mengenai rancangan MasterChef Malaysia  akan menerima hadiah wang tunai RM10.00.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...