OOO

Memaparkan catatan dengan label gambar Dato Jallaluddin Hassan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar Dato Jallaluddin Hassan. Papar semua catatan

Rabu, November 24, 2010

Aku Tak Bodoh


Macam gempak ajer kan...tulah tajuk sebuah filem Melayu akan di tayangkan di pasaran pada 2 Disember 2010 nanti.  Terujanya sebab first time ada pengeluar filem jemput  bloggers untuk tenguk filem ini sebelum beredar di pasaran.

Yang hairannya filem omputih memang selalu panggil bloggers tenguk preview filem mereka.  Pandaikan strategi omputih   ini.  Kami  sebagai bloggers memang sudi memberi promosi percuma kepada mereka kerana ingin menyokong industri filem melayu di Malaysia.

Kalaulah Dr Romzay panggil  untuk review cerita Dua Alam tu pun kami sanggup.  Tak payah upah k...nanti jadi isu pulak kami ni makan rasuah.


Macam gak pengeluar filem Crayon dan Estet..dek kerana kurang promosi terutama dari bloggers (chewah)  filem mereka tak berjaya mendapat kutipan yang memberangsangkan.

Ingatlah, sekarang ni orang dah kurang baca suratkhabar.  Mereka lebih suka tenguk/baca blog tau.  Tak percaya!!!!!   Percayalah..
 
Aku Bukan Bodoh di arahkan oleh Boris Boo memang sesuai di tonton seisi keluarga. Penuh pengajaran dan bagus untuk tontonan ibubapa.   Biarpun di bintangi oleh pelakon baru dan tak fofolur tapi lakonan mereka memang mantap.
Tengah temuramah dengan pelakon remaja
Antara  bloggers yang gi tenguk
 sessi gossip menggosip..tq anak perak.com
Manager dan Aus lapar nak makan.  Untung betul tau kami malam tu.  
 Sebab di sediakan makanan dan minuman.  Alhamdulliah..terima kasih di atas rezeki yang di beri.
 Semua tersenyum simpul tau masa menikmati makanan dan minuman ..aiseymannnn tak dak pulak gambar tengah makan.
Ahmad Fedtri Yahya menjadi pengacara majlis
dapat gak ambil gambar dengan Ahmad Fedtri Yahya 
 Pelakon remaja yang mempunyai bakat besar
 Pelakon cilik Aizat berusia 11 tahun yang berlakon sebagi Jefri..lakonan dia memang sempoi..cik hel yang ajak kami pergi tenguk movie ini.  Terima kasih yer.
Bangga tau bila bloggers di tempatkan di kerusi press.  Kembang betul hati kami semua.
Dato Jallaluddin Hassan memegang watak sebagai guru yang cengil.  Ashik menyalahkan anak muridnya.  Personally jumpa Dato Jallaluddin very friendly.  Sudi beramah mesra dengan kami blogger picisan ni.
Dato' Yusof Haslam walaupun tak berlakon dalam filem ini tapi beliau turut hadir memberi sokongan.
Adam Salleh orang kuat Harian Metro
Bersama pelakon  filem ini.  Sebab apa akak kata best...sebab akak tak tertidur sebab rasa rugi kalau terlepas tenguk babak-babak dalam cerita Aku Tak Bodoh.  

Nanti akak buat review yer tentang filem ini.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...