OOO

Memaparkan catatan dengan label gambar buah nga ku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar buah nga ku. Papar semua catatan

Khamis, Mac 24, 2011

Kerepek China Arrowhead


Jumpa buah arrowhead ataupun di kenali dengan nama Nga Ku ni masa tahun baru china yang lepas. Sebelum pernah nampak tapi buat derk ajer sebab yang selalu beli orang cina ajer. Bila tenguk ada member blog yang beli dan buat kerepek, teringinlah nak merasanya.
Nilah rupanya arrowhead ni..lupa nak ambil gambar..akak ambil kat googles ajer.
Kalau nak buat kerepek baik pilih yang besar sebab senang nak menghirisnya. Kalau ada tempat penghiris tu pun bagus gak. Lagi cepat kerjanya. Akak ambil cara nak nak buat dari blog Mamasya.

Bahan-bahan
  • Beberapa biji China Arrow Head - (akak beli dalam RM2.00 lebih)
  • ~ dikupas kulit nipisnyanya dan dibersihkan kemudian disagat.
  • Minyak yang banyak untuk menggoreng
  • Air garam ( 1 cawan air campur dengan 1 sudu teh garam )
Caranya
1. Sama dengan menggoreng kerepek pisang. Masukan kepingan ubi satu persatu ke dalam minyak yang panas, tujuannya agar dia tidak melekat di antara satu sama lain.
2. Renjiskan sedikit air garam kunyit ke dalam kuali tadi.
3. Selalu-selalu disudip agar masak sekata.
4. Setelah kekuningan angkat dan toskan.

Makan panas-panas memang sedap.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...