OOO

Memaparkan catatan dengan label gambar cendol bakar di Assam Jawa Kuala Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar cendol bakar di Assam Jawa Kuala Selangor. Papar semua catatan

Isnin, November 19, 2012

Penangan Cendol Bakar

Balik dari majlis perkawinan adik ipar Jai petang semalam, kami balik ikut jalan ke Kuala Selangor..sebab nak masuk highway LATA sebab lagi dekat rasanya nak ambil Ira di Rawang.  Lalu kat Jeram..nak makan ikan bakar di Medan Selera waktu tak sesuai baru pukul 3.00 lebih.  
Masuk ajer jalan  di Assam Jawa-Jalan Kuala Selangor nak ke highway LATA....mak datuk..jalan jem dari persimpangan lampu isyarat lagi.  Waduh apa hal ni.
 
Ingatkan ada accident..rupanya


Penangan Cendol Bakar..bagus kan orang melayu ada terfikir nak buat camni sebab  ada konsep ‘drive-thru’ atau pandu lalu..

Sayangnya kami tak singgah sebab tenguk ramainya orang kat situ sebab lepas cuti kan..lagipun cuti sekolah.  Kalau gi hari biasa tak camni kot.

Cendol Bakar  tu bukan bakar cendol tu dibakar tapi diberikan nama kerana keistimewaan cendol ini menggunakan gula merah yang akan dibakar terlebih dahulu untuk mencairkannya sebelum dijadikan pemanis di dalam cendolnya.  Nama owner pun Encik Bakar...maka terhasillah Cendol Bakar.  Insyallah jika lalu lagi dan orang tak ramai leh singgah nak rasa dan ambik gambo.

Cuti bulan June lepas masa lalu kat sini..taklah jem macam ni..cuma gerai tepi jalan yang biasa ajer..orang pun tak ramai..sekarang ni dah jadi camni..hebat..tahniah kepada usahawan bumiputra yang telah berjaya.


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...