OOO

Memaparkan catatan dengan label gambar di davengere. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar di davengere. Papar semua catatan

Rabu, Februari 23, 2011

Catatan Perjalanan Di India - Hari Kedua (Part 2)

Lepas beli barang kat supermarkat More, Yana nak beli tilam kat kedai yang agak jauh dari tempat ni. Dia kesian tenguk kami tidur kat atas lantai. Yana bagitau kat driver auto nama bank yang dekat dengan kedai tilam tu.

Oleh sebab salah komunikasi driver ni gi hantar kami kat bank lain yang nama lebih kurang sama dengan bank yang Yana sebut. Kalau tak silap AXIS Bank kot tapi dia hantar kat bank yang lebih kurang sama dengan sebutan bank tu.


Sebenarnya Yana nak follow auto tu ..tapi tak sempat sebab driver tu bawak laju giler. Puaslah akak dan suami tunggu punya lama kat situ tapi Yana masih tak sampai-sampai. Kami pulak tak tau apa nama jalan tu.
Dalam hati akak punya berdoa agar Imran dan Yana tak apa-apa. Takutlah terjadi accident ker ataupun kena culik dek orang situ. Sebab jalanraya kat situ lagi sibuk dari tempat mula-mula tadi.

Yang buat haru biru sebab akak boleh tak bawak hp. Akak ingat suami akak bawak..ruper-rupernya dia pun tak bawak. Camner nak call ataupun sms. Aduhai...

Hari bertambah gelap dan akak bertambah panik. Teringat pulak dalam cerita tamil/hindi yang kalau orang jahat selalu keluarkan parang bila nak kerjakan orang. Padahal tak apa pun..akak ajer yang gabra lebih.
Setelah puas menunggu dalam 20 minit, kami buat keputusan turun dari auto dan bayar 20 rupee tapi driver tu boleh minta pulak duit lebih.
waiting charge sir
hb kata no..no...
no..no..pay sir...10 rupee..
dia dah ikut dah..alahai risaunya kalau dia keluarkan parang..muka bengis semacam pulak tu. Akak suruh ajer hb bayar tapi hb akak ni buat degil pulak padahal baru ajer 0.35 sen.
macam best buah tembikai ni (snap atas auto ajer)
Kami cepat-cepat naik auto lain..nasib baik Yana dah siap tulis nama jalan rumah dia dan tampal kat purse hb akak. Memang akak tak ingat pun jalan rumah dia tu. Tawar pun lebih kurang ajer sebab takut punya pasal.
Driver Auto kali ni pun buat perangai...dia berhenti jauh dari rumah Yana. Bila hb kata front..front..dia suruh turun pastu dia bebel dalam bahasa hindi. Geram betul dibuatnya. Hb ajak turun dan bayar 20 rupee ajer. Janji 30 rupee. Padan muka dia.
Roziana dan Nurul
Punyalah lenguh berjalan dengan barang belian kat supermarket tadi. Bila sampai kat rumah, Yana pulak tak ada. Dia gi cari kami berdua bersama Roziana (member serumah). Bila Nurul (member serumah gak) nampak kami balik dia rasa syukur sebab kami dah sampai kat rumah dan terus call Yana bagitau kami dah selamat sampai kat rumah.

Tak lama Yana sampai dan riuh rendahlah kami bercerita apa yang terjadi. Yana bagitau Imran siap berdoa dan muka pun dah sedih sebab takut terjadi apa-apa kat kami berdua. Wah sayang gak dengan mak dan ayah dia ek.
Makan malam lauk sardin dan pastu kononnya nak gi bawak Imran main go kart
tapi tutuplah pulak. Kami konvoi 3 skuter. Akak dan suami kat tengah-tengah, Yana jadi pemandu jalan dan member Yana ikut kat belakang...aiseyman teringat masa dulu-dulu masa naik motor buruk baru lepas kawin.
Tak tau mana nak pergi mereka ajak kami lepak kat sini.
Best gak tempat mengopi ni.

Café Coffee Day: The 'Starbucks' of India.
.tempat yang paling cantik dan best area kolej Yana.
Tak tau nak pilih apa, kami suruh Yana tolong pilihkan.

Kalau nak tau tentang cafe ni rujuk kat
http://www.ifood.tv/blog/cafe-coffee-day-the-starbucks-of-india
antara yang mengancam dan mengiurkan
ini akak punya...murah kan. Tak sampai pun RM7.00. Kalau kat sini ada kan bagus..tentu ramai yang mampu nak rasa tempat macam ni.
harga yang di tawarkan memang murah sungguh. Berbaloi-baloi.
Yana dan geng memang suka lepak kat sini. Lepas tu kami pergi pula ke rumah senior Yana berhampiran dengan cafe ni. Senior lelaki ni pandai masak katanya. hemmmm boleh jadi calun menantu ni. Kah..kah..kah..
Kemudian gi kat sini pulak nak jumpa member Yana.
Hb borak dengan member Yana.
Kedai berhadapan Bapuji International Hostel.
Balik ke rumah entah pukul berapa tak ingatlah pulak.

Rabu, Februari 16, 2011

Catatan Perjalanan Ke India-Hari Pertama

7hb. February 2011
Ke LCCT Sepang pukul 12.30 tengahari. Sampai ke situ terus check in. Nasib baik tak terlebih berat beg yang kami bawa. Makan tengahari kat situ dan dalam pukul 2.30 petang terus masuk kedalam balai berlepas.
Kapal terbang meluncur ke udara dalam pukul 3.30 petang dan setelah 4 jam kami selamat sampai di Airport Bangalore. Setelah passport di chop oleh imigresen dan melepasi kastam kami cari driver yang datang dari davengere untuk naik pula kereta ke sana. Bila tenguk ada yang pegang kertas tertulis nama suami dan akak dah confirmlah beliau tu driver dari tempat Yana.

Kat air port lagi akak dah sms Yana bagitau kami dah tiba. Sms punya sms kredit habislah pulak. Sekali sms kena dekat RM2.00.
Setelah driver memuatkan 4 biji beg dalam pukul 6.30 petang waktu tempatan (2 1/2 jam lebih awal dari Malaysia) bermulalah pengembaraan selama lebih kurang 5 jam. Waktu malam tak ada yang boleh di lihat, 1 jam pertama ikut jalan kampung dan 4 jam melalui jalan tol.
Alhamdulliah driver cuma berhenti selama 5 minit sahaja dan selepas tu perjalanan lancar sehingga ke hadapan pintu hostel tempat pelajar Malaysia di tempatkan. Oleh sebab kredit dah habis suami akak minta tolong driver call Yana.
Sekarang ni Yana dah duduk di rumah sewa, kami tunggu kat situ dan tak sampai 5 minit Yana tiba nak tunjukkan jalan ke rumah beliau. Dalam pukul 11.00 malam kami selamat sampai kat rumah Yana.
Nasib baik Yana dah siap masak. Apa lagi...makan ajerlah.
3 beg penuh dengan makanan malaysia.
p/s maaf yer komen tak jawab. Penat. Jomlah join contest akak tu yer

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...