OOO

Memaparkan catatan dengan label gambar di kampung salang pulau tioman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar di kampung salang pulau tioman. Papar semua catatan

Sabtu, Disember 01, 2012

Bunga





Dedaunan hijau menghiasi hari-hari
Nada indah adalah nyanyian angin
ku dengar dan kau dengar
terus aku rasakan disini dhati ku
saat bersama diatas tanah nan indah
 
rasa syukur selalu terucap
menatap mu…
mencium harum mu…
suatu anugerah Tuhan
yang terus aku rasakan
warna warni bagai pelangi
dihamparan luas….
akan selalu aku rindu
akan selalu aku nikmati
kuncup-kuncup baru disana
akan menggantikan
mekar yang penuh warna
ini kehidupan terlewati dan terganti
Kampung Salang Pulau Tioman
kredit : SINI

Jumaat, November 30, 2012

Sayangnya

Bila bercuti ke Kampung Salang Di Pulau Tioman...


nampak dari kejauhan resort/chalet ini
Sayangnya ianya tak berpenghuni..ada bermacam-macam versi 

Kepunyaan...
Kerabat Diraja?
Bekas Menteri?
 
Tidak di benarkan masuk ke sini
Sayangnya ianya terjadi begini..terbiar usang di telan masa..sapekah yang dapat merungkai misteri ini?

Rabu, Oktober 17, 2012

Badang

Assalammualaikum

Benda bermotor ni staff kat sini panggil Badang.  Teringat cerita Badang lakonan Wahid Satay..seorang lelaki yang kuat setelah makan muntah hantu, akhirnya menjadi menantu raja.

 
Memang kuat Badang ni..digunakan untuk mengangkut barang-barang berat..seperti beg kami yang dibawa ke jeti.

 
Memang sesuai anak akak bawa Badang kan..acah ajer
Badang dah nak pulang.........


Isnin, Oktober 15, 2012

Tenguk Apa Tu!

Terjenguk-jenguk dorang ni semua
Tenguk apalah tu ek...
Semua excited menunggu dengan penuh sabar
Tu diaaaaaaa..tu diaaaaaaaaaaa..
dah muncul apa yang di tunggu-tunggu
 Dorang semua nak tenguk penyu rupanya
 tapi penyu ni pemalu
sekejap ajer timbul pastu dia masuk ke dalam.. 
bila penyu ni timbul semua sibuk ambik gambar
 Ada 2 ekor..satu besar

 satu kecil...jernih kan air laut di sini....penyu ini adalah salah satu tarikan di Kampung Salang Pulau Tioman.   Kanak-kanak dan orang dewasa pun sukakan tenguk benda camni...


Sabtu, September 29, 2012

Sukaneka Tepi Pantai Kampung Salang, Pulau Tioman

Assalammualaikum


Sukaneka ni tak ada dalam program..buat last minit..
Acara rebut jajan..pandai budak tu..dia ambik jajan masuk dalam baju..Imran pun masuk juga.  Budak kecik yang tak pandai mak dan ayah sibuklah tolong kutip..kang kalau tak dapat..anak melalaklah pulak...tak apalah kan..
Acara paling kelakar
Bawa kelapa celah kangkang
Ashiklah terjatuh kelapa sebab bukan senang tau..

 
 kalau pakai trek lain payah sebab licin
sakit perut gelak...

 
 acara tarik menarik guna pelepah kelapa 
 
 Wah Firdaus tak sabar nak tarik
 Lagi kelakar tenguk gaya peserta..ada yang tergolek..ada yang tertonggeng..orang Cina dan India ni pure dari sana..dorang memang tak tau nak main permainan ni.  

Akak masih kecik pernah gak main tarik pelepah kelapa ni..seronok tapi tak tahan tang punggung..sakit kannn terutama bila kena tarik atas batu batan.
Mula-mula Firdaus tarik sepupu dia..no satu..tapi bila kena tukar giliran ..memanglah tak larat anak buah akak nak tarik anak akak yang sehat bugar ni..kah..kah..kah..puas akak gelakkan anak sendiri
Imran tak sabar nak main tarik kelapa dengan gelung rotan..yang best Imran dapat no 1
 
 Mat Salleh pun tenguk gak
lari dalam guni
 
pecah belon
Akak masuk acara tiup belon..
 
senang tak yah lari sana lari sini

1............2..............3...........tiuppppppppppp
fuh...fuh...fuhhhh..kalah ..sebab belon akak pecah

Acara terakhir..tarik tali..kumpulan lelaki lawan kumpulan perempuan
 

Yang best..geng perempuan di tolong oleh mat salleh dan anak akak Firdaus..akhirnya geng ni yang menang..

Kalah menang belaka kira..apa yang penting..kerjasama..





Isnin, September 10, 2012

Indahnya Ciptaan Allah SWT

Subhanallah...indahnya ciptaan Allah SWT


Terbitnya matahari pagi



 Sesudah Subuh
 
Waktu Pagi

 

 Matahari Terbenam



Tempat akak pergi bercuti kali ini..cantik sungguh tempat ni..nanti akak cerita kat mana yer?


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...