OOO

Memaparkan catatan dengan label gambar kuih bak chang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar kuih bak chang. Papar semua catatan

Rabu, Januari 29, 2014

Kuih Chang/ Nonya Chang/Nonya Dumplings

Assalammualaikum semua

Dah masak dan makan tengahari ker belum?  Akak baru ajer makan selepas tergopoh gapah dari pagi hantar hb kerja, pastu gi service keta balik umah masak, ambik hb balik untuk makan tengahari pastu gi ambil Imran kat sekolah.

Kat sini cuma ada satu keta, hb kata buat per beli sampai 2 keta bukan nak duduk menetap terus kat sini.
Memang tak pernah makan kueh chang@ kou chong @ changvne@Nonya Dumplings (mak oii banyaknya nama dia) ,waktu kecik selalu nampak orang cina jual kat Pekan Setapak masa tunggu bas sekolah.  

Tapi mak tak bagi beli dan cuba sebab orang cina jual kan..takut ada benda haram kat dalamnya.  Umur dah masuk 50 pun tak pernah rasa lagi kueh ni.

Bila jumpa kat gerai melayu di sini yang jual kueh chang ni akak pun terus beli, sukanya hati dah merasa kueh chang yang sinonim dengan masyarakat cina.

Diperbuat daripada beras pulut yang di goreng dengan rempah ratus kemudian di isi dengan inti yang ada ayam, buah berangan, cendawan dan telur asin kemudian di balut dengan daun buluh yang telah di rebus dan kemudian direndam selama 12 jam. 

Nak balut dan mengikatnya bukannya senang, tak tau teknik memang boleh terburai isinya bila di rebus. Kemudian barulah boleh di rebus lebih kurang 2 jam.

Memang nampak remeh dan mengambil masa yang lama nak membuatnya kan...anak-anak dan hb tak suka.  Jadi kalau teringin nak makan akak gi lah ke gerai orang islam ..beli 2 biji dah cukup.

Kalau ada gak nak cuba buat bolehlah ke blog Puan Manggis yang pernah mencubanya.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...