OOO

Memaparkan catatan dengan label gambar majlis perkawinan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar majlis perkawinan. Papar semua catatan

Rabu, Disember 18, 2013

Majlis Perkawinan Russhdi Dan Nur Hazwani (14 Disember 2013)

Assalammualaikum

Alhamdulliah, syukur kepada Allah SWT,  selesai sudah majlis kenduri perkawinan anak lelaki pertama akak pada hari Sabtu lepas - 14 Disember 2013 dengan cuaca yang baik sehingga pukul 4.00 petang baru hujan  mula turun.


Pertama kali mengadakan majlis sebegini dan dapat beramah tamah dengan para jemputan dah tentulah ada sebanyak sedikit kekurangan dan salah silap dalam segala hal.  Akak menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada salah dan silap.
 
 saat akhir tambah bunga oleh Ira dan kakak kakak ipar
Nak tunggu gambar cantik memang lambat lah (jurugambar pro)...akak pun tak sempat nak snap gambar...seganlah mak pengantin nak bawa kamera ke hulu ke hilir.
 
Akak tak tempah pelamin cuma minta pandangan anak perempuan,  biras dan kakak ipar sahaja bagaimana nak cantikkan pelamin buatan sendiri ni.(sebenarnya untuk bergambar ajer)

Akak abadikan gambar teman teman yang sudi hadir untuk di buat kenangan di hari istimewa ini. Tu pun ambil dari fb yang mereka buh kat wall akak.
 
Teman fb/blogger pertama sampai ialah Wawa 
bersama tunangnya.

Pengantin yang di raikan..cilok dari FB Doc Ina
 
amboi senyum lebar anak akak ni
  cilok dari blog Atuk Baik 
Cuma berkenalan di FB ajer...first time 
bertentang mata dengan Ungku Nor
Sue Joshua dan ibu tercinta
Nennie datang bersama keluarga
Che Ct yang hadir bersama suami dan anak
Geng Tali Barut Jamar bersama isteri dan baby
Cik Lily Putih..
Azizul dan Cuba Teka lupa nak ambil gambar
Pnut
Kak Sapinah bersama Yana
Puan Idah dan keluarga (ambil gambar 
dari fb) tak sempat nak bergambar
Tuan Denaihati dan isteri
 (maaf tak sempat nak bergambar)

Teman sekolah  Tingkatan 4 dan 5
 Cik Manggis
 Atuk Baik (cilok dari blog)

Teman sekolah Ira..gembira mereka selepas habis spm


Umie E,  Ummi Salam Borneo, Afra Yuri dan suami, Sya dan kakaknya Anie, shukie,Cik Helena dan suami, Yati (sawanilla), teman mengajar dulu Cikgu Zabedah dan Cikgu Sham, Noni...teman Firdaus, Russhdi dan rakan-rakan suami.

Terima kasih sudi kepada anak-anak,  adik beradik akak dan suami, ipar duai, jiran tetangga dan saudara mara yang sudi membantu akak sepanjang majlis ini berlangsung.

Kami semua ingin memohon maaf jika ada tersilap dari segi perbuatan dan percakapan sepanjang majlis ini berlangsung.  

Akak ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi buat semua yang sudi hadir dan mengabadi dan upload gambar di facebook untuk di kongsi bersama dengan yang tidak hadir.


p/s nanti ada gambar cantik akak share lagi yer

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...