OOO

Memaparkan catatan dengan label gambar sambal sardin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar sambal sardin. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 07, 2012

Masakan Paling Best

Anak akak yang kata...sekali sekali layazzzzzzzzzz menu ni..sedap kan...

Memang sedap sungguh..habis nasi 3 cawan...tak yah gi makan buffet kat hotel besar yang harga kadang-kadang tak masuk akal..

Bulan puasa mana ada yang boleh makan banyak walaupun menu ada beratus-ratus..pas minum air..perut dah kenyang.

Ada gak hotel yang ajak gi berbuka puasa kat tempat mahal, tapi masalahnya cuma boleh bawa sorang ajer..alahai baik tak payah pegi kalau camtu..kesian kat anak-anak kat umah. 


Khamis, November 18, 2010

Resepi Roti Puri dan Sambal Sardin

Dah lama tak buat roti puri ni. Teringinlah pulak nak makan. Nak buat roti puri ni kena pandai teknik, kalau idak taklah mengelembung cam ni.

Resepi dari Yatiezaini

Bahan-bahan ( 12 biji )
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 sudu kecil garam *
3 sudu makan minyak masak *
2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
175ml air panas *
40-50ml air
Minyak untnk mengoreng

Cara-cara

  1. Satukan bahan bertanda (*) dan panaskan. Kacau sehingga gula hancur dan tutup api .
  2. Satukan tepung dan yis, gaulkan
  3. No.1 dimasukkan kedalam no.2 dan digaul dengan menggunakan garfu sehingga bercampur sahaj.
  4. Dengan menggunakan tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti /breadcrumb .
  5. Tambahkn air sedikit-sedikit dan adun sehingga tak melekat kat tangan dan menjadi doh.
  6. Perap doh 30 minit, pastu bolehler dibahagikan doh pada 12 bahagian bulat yg keci.
  7. Canai doh nipis macam karipap / duit 50 sen
  8. Siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ...
  9. TIPS utk mengoreng : gunakan api yang kecil / sederhana .. orang cakap kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar boleh menyebabkan roti ni tak mengelembong / naik kembong
  10. Masa mengoreng hendaklah disimbah-simbahkan minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA
Makan dengan sambal sardin.

Bahan-bahan
1 tin besar sardin cap ayam
2 biji ubi kentang-potong dadu-rebus dulu dengan air
1 biji bawang besar-hiris bulat
6 biji bawang besar*
4 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar cili kisar
sedikit air asam jawa
garam dan minyak secukupnya

Cara-cara
1. Tumbuk/kisar halia, bawang kecil dan bawang putih.
2. Tuangkan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
3. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik minyak dengan api yang sederhana.
4. Bila cili dah masak masukkan sardin, hirisan bawang besar, ubi kentang yang telah direbus dan air asam jawa.
5. Masak dengan api sederhana sehingga lebih kurang 10 minit dan letak garam.
6. Rasa dulu barulah ditutup api.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...