Semua orang islam memang hendak ke sini jika mampu, tapi bila mampu kuota pulak tak ada.
Akak bukan suka sangat ahli politik , hendak-hendak bila bersidang di Dewan Rakyat. Cakap ajer pandai kerja dan janji tidak di tunaikan.
Tapi akak setuju dengan Ahi Parlimen Kalaban, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh ni mengenai sistem kuota haji. Memang betul apa yang beliau katakan..
Yang Di pertua (Speaker) , bukan saya yang kata, tetapi orang Sabah kata, ini Barisan Nasional (BN) mahu masuk syurga pun ada kuota, dalam Islam kita tahu antara syarat mahu masuk syurga ialah naik haji. Jadi, apabila mereka tidak boleh naik haji kerana di kawal oleh kerajaan, siapa yang mahu tanggung dosa?
Dalam televisyen,kita lihat ada yang mengatakan mereka sudah empat, lima dan enam kali naik haji, mereka ini tidak pakai sistem kuotakah?
Beliau mendesak pengurusan Tabung supaya mengubah sistem pemilihan bakal haji berasaskan kuota kerana ianya menimbulkan masalah dan juga di anggap terlalu berorientasikan perniagaan. Kalau boleh Tabung Haji mesti menetapkan kalau mereka yang dah naik haji tak boleh lagi pergi dalam tempoh lima tahun.
Abdul Ghapur juga bersetuju dengan pandangan Taib Azamuddin Md Taib (Pas-Baling) yang Tabung Haji telah lari dari matlamatnya. Fikir nak berniaga ajer, ada pakej Zamrud, ada pakej VVIP, kawan, anak saudara pergi naik haji, cuma bayar RM10,000 semua kelas pertaman..ini mana boleh!! kata beliau lagi.
Sedangkan orang miskin hendak kumpul RM10,000 pun susah, kais pagi makan pagi..kenapa?Tabung Haji ini untuk orang kaya sajakah? Rakyat menabung untuk naik haji, bukan mahu pakej mahal dan beliau mahukan Perdana Menteri masuk campur dalam hal ini.
Sumber : Harian Metro
