OOO

Memaparkan catatan dengan label harga nasi mandy di al amin food corner gombak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label harga nasi mandy di al amin food corner gombak. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 20, 2011

Jom Makan Nasi Arab Di Gombak - Al Amin Corner

Restoren Al Amin Food Corner  terletak di belakang Shell di Greenwood, Gombak.  Jika tak jumpa boleh bertanya dengan pekerja di stesyen minyak tersebut. 

Terdapat 2 pilihan tempat duduk, akak duk di kawasan  berhawa dingin sebab cuaca panas di luar. Bila masuk ke dalam kita akan disambut oleh pelayan dengan senyuman dan selepas di persilakan duduk, pelayan akan segera menghulurkan menu.

Yang buat akak puas hati ialah servis yang cepat sungguh, tak payah menunggu lama macam buah tak gugur.  Tak sampai 5 minit makanan  yang di pesan  akan sampai.

Bila di layan secara begitu, mana-mana kedai yang menjual makanan yang dapat memuaskan hati pelanggan bila di layan sebegitu tentu kita berpuas hati dan akan datang lagi.
Kat sini ada  makanan stail arab, jika kita datang bersama kaum keluarga rasanya baik ambil yang set sebab lagi murah harganya.
 Ada juga makanan tempatan seperti nasi kerabu dan nasi ayam
Akak nak cuba  makan masakan arab iaitu nasi mandy ayam goreng berempah yang berharga RM10.00.  Ada juga nasi mandy kambing yang berharga RM17.00. Nasi mandy ni banyak tau, sampai tak habis makan, kalau datang 2 orang boleh kongsi.  Ayam goreng pula mereka gunakan ayam kampung yang berkhasiat sebab tiada lemak.

Dii sediakan juga sup yang sedap stail tempatan(elok gak ada sebab akak ni tak ada kuah tak bolehlah)dan sos tomato yang menggunakan tomato segar yang di lecek bersama bahan lain.

Berbagai-bagai jenis minuman yang di sediakan dan harga yang di tawarkan agak murah dan termampu oleh semua orang.
Akak pesan air carrot susu. Terasa nyaman di tekak bila minum di waktu cuaca panas.


Beras yang digunakan memang beras basmathi (jenama Jasmin) dan sebab itu nasi mandi  begitu istimewa. Jadi berbaloilah makan kat sini . Akak pernah makan nasi mahal tapi beras yang di gunakan mereka gunakan beras biasa, tak berbaloi rasanya dengan harga yang di tawarkan.

Orang kata kalau nak tau restoren tu bersih ataupun tidak tinjaulah tandasnya. Memang akak puas hati dengan restoren ni. Akak harap mereka dapat kekalkan keadaan sebegini selama-lamanya. Akak ni memang cerewet sikit pasal tandas kalau akak tenguk tandas kotor di mana-mana restoren akak akan beredar dari situ.

Yang bagusnya di sediakan surau buat orang islam jika henda bersolat.



Rasanya harga yang di tawarkan memang berbaloi dan rasanya makanan arabnya  yang boleh di katakan  sama dengan mana-mana  kedai nasi arab  popular yang akak makan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor walaupun pekerja dan tukang masak adalah orang tempatan.


Kalau waktu malam bolehlah duduk di luar bersama keluarga ataupun rakan-rakan sambil menikmati makanan yang di sediakan.

Jika anda lalu berhampiran kawasan greenwood boleh singgah makan di kedai Al Amin Corner terutama jika baru pulang dari perjalanan yang jauh di timur dan utara sebab kedai ini terletak berhampiran Lebuhraya Karak.  Insyallah anda akan berpuas hati jika makan di sini.

Alamat :
No 15, Jalan 6, Taman Batu Off Greenwood Park
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan
Tel: 019-321 1911

Di buka setiap hari dari pukul 10.30 pagi hingga ke 10.30 malam. 

Jumaat, April 08, 2011

Jom Makan Nasi Arab di Al Amin Food Corner ( AFC )

Kali ni akak cuba makan di sini. Kali kedua sebenarnya akak rasa masakan kat sini, mula-mula dulu akak cuma beli bungkus nasi ayam salai sebab nak cepat. Restoren ni terletak di belakang Shell Greenwood Gombak Kuala Lumpur. Kepunyaan orang melayu sepenuhnya, pasal akak tak jumpa pun pak Arab kat sini.
Antara makanan yang disediakan..macam-macam ada.
Kalau ambil set nasi lagi murah harganya. (klik kalau nak tenguk dengan lebih jelas)
Akak cuba makan nasi mandi ayam goreng berempah. Ada gak nasi mandy kambing..harga RM17.00. Nasi mandy ni banyak tau..sampai tak habis makan. Ayam pula mereka gunakan ayam kampung.


Minuman akak pula air carrot susu.Ada juga di sediakan sup yang sedap (elok gak ada sebab akak ni tak ada kuah tak bolehlah)dan sos...lupa pulak nak tanya apa kebendanya..tapi ada rasa tomato yang telah di lecek kat dalam sos tu.

Beras yang digunakan memang beras basmathi (jenama Jasmin)sebab memang nasi tu panjang betul. Jadi berbaloilah makan kat sini . Akak pernah makan nasi mahal tapi beras yang di gunakan mereka gunakan beras biasa..tak kaw lah macam tu.
Ada gak nasi kerabu dan nasi ayam salai
Orang kata kalau nak tau restoren tu bersih ataupun tidak tinjaulah tandasnya. Memang akak puas hati dengan restoren ni. Akak harap mereka dapat kekalkan keadaan sebegini selama-lamanya. Akak ni memang cerewet sikit pasal tandas.

Layanan pun cekap sebab belum duduk dah ada orang tunggu nak hulurkan menu. Tempat duduk boleh pilih nak duduk di tempat air cond ataupun di luar.
Di buka setiap hari dari pukul 10.30 pagi hingga ke 10.30 malam.

Alamat :
No 15, Jalan 6, Taman Batu Off Greenwood Park
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan
Tel: 019-321 1911

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...