OOO

Memaparkan catatan dengan label hari raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hari raya. Papar semua catatan

Selasa, Julai 04, 2017

Kenangan Raya Aidil Fitri 2017

Assalammualaikum semua

Dah bercucu ni rasa teruja bila dapat beraya bersama sama terutama cucu no 3 dan 4 yang pertamakali merasakan hari raya, uwan yang excited lebih padahal manalah mereka bukan tau kan sebab kecik lagi.
Kali ni Yana giliran kat rumah besan di batu pahat, menantu beraya bersama kami, oklah tu kan, at least ada gak suara budak kecik kat rumah.
Pagi raya cam biasa mintak maaflah, tak ada keluar air mata pun macam arwah abah ada dulu.

Macam tahun lepas kami masak dan beraya di rumah mak di Gombak bersama sama 2 adik lelaki.  Suami dan anak anyam ketupat kat rumah kami, baru bawa rumah mak, masukkan beras.

Frust tahun ni bila rendang daging dan sambal sotong kering basi menjelang tengahari raya pertama sebab santan yang orang hantar kat rumah dah berbau.  

Sayang betul bila kenangkan harga daging tempatan yang mahal dan sotong kering yang naik meroket harganya.
Nasib baiklah dah siap rasa masa buka puasa dan makan pada pagi raya.   Tahun depan  tak nak lagi beli santan kat rumah mak lagi.

Ramai gak yang pakai warna hijau tahun ni

Selepas marhaban selepas solat aidilfitri, sebelah petang baru gi rumah besan dan saudara mara yang masih ada di sini.  

Balik rumah, basuh baju kotor dan esoknya gerak ke rumah bapa mertua di Segamat.  Belah petang gerak ke Batu Pahat lepak rumah Yana.
 Raya kedua kat rumah besan di Batu Pahat, sedap masakan besan akak ni😊
pastu rumah adik ipar di Muar, dapat makan tomyam, paprik dan siakap tiga rasa memang heavenlah lepas jemu makan rendang dan ketupat😘
 lepak, makan, pot pet😘
Barulah dapat ambik gambar family😍
cucu saudara duk Jay Bee, cucu beraya dengan beg frozen, gegirl memang camnilah kan, kecik kecik dah pandai bergaya
 Atokkk..uwannn jom balik, dah penat aaa😊
 Raya ke enam rumah kakak kat Taman Melati,
terima kasih kak long
Raqib nak usik Aryan, atok kena tengukkan
menikmati bihun goreng
 pastu gi rumah geng satu kerja suami kat Selayang
 peminat baju Mickey dan Minnie😍
 Tetamu pertama adik lelaki raya tahun ni, datang pada hari Sabtu sebab masa tu free
kak long sekeluarga pun datang juga. 
minggu ni ada orang kawin pulak

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA PENGUNJUNG BLOG AKAK YANG SETIA.

Khamis, Julai 23, 2015

Raya Aidilfitri 2015-Syoknya Raya

Assalammualaikum dan Selamat Hari Raya Semua

Diam tak diam dah seminggu umat islam seluruh dunia menyambut hari raya, sekejap ajer masa berlalu sekarang ni.

Tahun ni giliran beraya kat rumah bapa mertua di Segamat, lepas sahur gedabuk..gedagak..dalam pukul 7.00 baru gerak sebab nak elakkan jem kat highway.

Akak yang mula sampai, kenalah siapkan apa yang patut untuk di masak kali ni.  Nasib baiklah adik ipar akak yang duk kat rumah fil dah siap siap belikan barang keperluan nak masak.  

Alhamdulliah ada suami, anak dan menantu tolong akak kali ni. Kalau idak menangislah akak sambil mengodak rendang.

Akak cuma masak rendang, suami dan anak anyam dan rebus ketupat..tak buat banyak sebab  cuma 3 keluarga ajer yang nak makan di pagi raya.  Masak rendang ayam pencen 4 ekor, ketupat dalam 60 biji dan daging 2kg. 

Kat sini suka buat daging masak kicap buat makan raya, akak palau biras masak, kuah lodeh adik ipar akak masak masa pagi raya.

Masa buka puasa akak masak sup tulang makan dengan bihun/mee, buat pegedil dan juga sambal kicap.
  kat kampung...macam-macam feshyen baju raya anak anak akak yang masih single ni haaa
Lepas solat raya, kami beraya..mula mula ke Felda Pemanis Segamat.  Perut masih kenyang, makan kuih ajerlah.                                          
rumah ke dua di Kampung Sungai Balang Kecil Muar, gambar bersama bapa mertua, biras dan ipar. Alhamdulliah fil masih lagi boleh beraya bersama kami.
rumah ke 3 kat Parit Bulat, Muar
seronoknya dapat beraya dengan cucu..walaupun tak boleh berjalan, Humaira nak gak melaram dengan baju lip lap..lip lap.  Kalau sorang cucu bolehlah layan, kalau dah berpuluh puluh..erhmm tak terlayanlah gamaknya.

Pastu gi ke 2 buah rumah Parit Jamil terusss ke Melaka menjenguk 2 bapa saudara yang kurang sehat dan mak saudara. Sampai dah lepas maghrib, tak dan nak ambik gambo, lagipun dah cam selekeh jer nak ambik gambo sebab berjalan dari pagi.  Pastu terus pulang ke rumah, nasib baik highway plus masih kosong lagi.
Raya kedua gi pula ke rumah mak di Gombak,  umah besan..pastu gi ke situ, sana, sinunnn.  Malam belasah makan pizza yang akak belanja.  Sekali sekali belanja anak apa salahnya kan.
 Raya ke 5 adik lelaki datang beraya kat rumah akak, akak masak lauk kampung jer.  Kebetulan ada dusun durian berhampiran rumah kami.
 Punyalah teruja isteri dan anak buah akak nak gi kutip durian
 first time masuk dusun durian rupernyaaa, buat macam kebun sendiri aaa
lepas kutip jangan lupa bayar yer :)
suami rajin kopek durian, bukan durian kampung tapi durian D24..akak kurengg sikit, lebih suka durian kampung.

Hari Rabu sekolah dah mula, tak can aaa nak jalan sebab Imran sekolah.  Nanti hari Sabtu baru gi lagi. Insya allah.

Selamat Hari Raya akak ucapkan buat pengunjung dan juga  blogger yang sudi menjenguk blog yang suam suam kuku ni, dah balik dari Miri, mood nak berblog dah makin kurenggg.  Tak taulah entah kenapa ek.

#kosongkosong #syukurselalu





Rabu, Ogos 22, 2012

Belajar Buat Lemang

Hari Raya Ke 3 family belah suami akak pakat-pakat nak buat makan-makan kat kampung, pagi-pagi semua dah sibuk nak buat persediaan nak masak terutama nak masak lemang yang mengambil masa yang lama nak membakarnya.

Dah tua baru nak belajar buat lemang..selama ni tau beli dan makan ajer.  Yana dan Ira berminat gak nak belajar.
Sebelum mengisi beras pulut, kena masukkan dulu dalam 1/2 cawan santan, barulah di isi dengan berasa pulut.
Di ajar oleh biras yang berasal dari N9 yang memang pakar buat lemang. Pastu masukkan beras pulut sehingga hampir penuh.
Masukkan santan, dan ukur dengan jari..ukur mengukur tu semua di buat oleh biras ..kang kalau akak buat semua takut lemang tak jadi.
Mencabar tul masa membakar..nasib baik bukan bulan puasa..
Imran tukang makan dan menyibuk
 bolehlah minum air bila kehausan.
 
 Sambil tu bakar ikan talapia dan ayam.  
Anak lelaki dan hb buat kerja belah sini secara bergilir-gilir
Makan panas-panas pun sodap..semuanya dapat di lakukan jika ada semangat kerjasama..kalau malas tentulah tak dapat makan camni kan...

Jumaat, Oktober 08, 2010

Bestnya Kambing Panggang Dan Lemang

Selagi tak habis raya , selagi tulah setiap minggu ada jemputan.  Kali ni jemputan dari saudara akak  taukeh khemah.  Kalau beliau buat open house memang makanan melimpah ruah.
Inilah yang paling di tunggu-tunggu..kambing panggang beb..bila akak berposing..tuan rumah kata..
eh..eh..ni sape tuan rumah ni..
ada akak kisah..peduli apa orang kata..
makan, makan...jangan malu, sape malu dia lapar..semua adik beradik dan anak buah datang.
apa mak ni....tak sukalah masuk dalam blog...
bestkan mak ngah..glam nanti An Nur
macam-macam ada..
aisey..mak ngah ni..ashik ambil gambar ajer
bila dah siap..panjang barisan nak ambil kambing panggang ni..padahal ada 3 ekor
Semua sudah surrender...jom pergi rumah satu lagi
Oleh sebab memang dah tak boleh masuk lagi makanan...kat rumah saudara yang nak pergi haji/open house , kami semua cuma ambil air batu campur sajer..
dan menjamah kek lapis ni...lawa betul lah kek lapis ni..tak reti lagi nak buat corak-corak camni..lepas tu hantar Ira balik ke asrama dan lepas tu balik rumah.
Lepas maghrib pergi ke rumah tali barut akak daydeck
dari rumah akak ke rumah dia tak sampai 15 minit...yang buat akak mesti pergi sebab nak makan lomang yang di bakar oleh beliau sendiri..memang sedap..boleh terima tempahan tak  daydeck

terima kasih yer  daydeck kerana sudi menjemput akak.  Tahun depan jangan luper yer..akak nak order lomang engkau..
 
terima kasih jugak sebab sudi tapaukan lomang tu..akak bedal sorang ajer tau...eh eh..baru perasan baju kita warna samalah daydeck ...

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...