OOO

Memaparkan catatan dengan label ikan lomek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ikan lomek. Papar semua catatan

Ahad, Disember 05, 2010

Tali Barut Terkena

Hari Selasa malam ada member ajak lepak. Lama dah tak melepak dengan blogger ni. Nasib baiklah suami akak bagi keluar. Akak pergi bersama Firdaus dan Imran. Takut gak nak balik memalam nanti. 

Kami lepak kat  Mali's Corner Danau KotaMat Joe dah sibuk sms tanya kat mana.  Janji kul 8.00 malam..biasalah janji melayu kan. 

Tak lama kemudian Appledia datang.  Dia nak ambil kukis dan akak ajak ajer jumpa bersama geng lepak..tapi sayangnya cuma sebentar sahaja.
Tak lama eriqazz , wife dia dan anak kesayangan dia si Allisya (jadi rebutan ramai..ramai   nak berbesan dengan  eriqazz..rasanya peluang akak lagi besar kot).
 Borak..borak..daydeck sampai.  Dia baru balik dari Bakinang ..nak tau kat mana gi ajer ke blog beliau.  Ada gambar kat situ.  Dia bagi keropok dari sana.
nilah  keropok kulit kerbau..kelakar sungguh 
bila terkenang masing-masing terkena..
Terima kasih Daydeck bagi ole-ole termasuklah keropok kulit kerbau/keropok jangek. (nak tenguk yang belum goreng gi ke blog Daydeck yer)
 Akak letak atas meja..pastu Matjoe nak tenguk apa ke bendanya.  Akak pun keluarkan 2 plastik.. sajer ajer bagi member rasa.  Tapi tak bagitau apa ker bendanya.  Masing-masing krup...krap sampai habis plastik ke 2.  Kasi can mereka telan dulu.
ikan lomek
Gelak tak boleh blahhh bila akak bagitau ajer si Matjoe apa yang dia makan ..panik muka dia.  Rupernya dia tak biasa makan benda camni.  Gelak sakanlah akak sebab dia dah terkena.  Maaf yer Matjoe.  Kebetulan Matjo order kukis...terus dia makan kukis tu..katanya nak basuh mulut.  Kelakar..kelakar..
Daydeck kata rempah ni kalau masuk dalam rendang minang...
lagi umphh rendan tu
Kalau nak tenguk kat mana Daydeck beli ole-ole ni gi ke http://www.daydeck86.com/2010/11/pasar-bangkinang.html
Lepas tu kami pekena kuay teow Malli Corner yang menjadi sebutan orangramai.  Ada gak nasi lemak lauk ayam.

Dah pernah pergi sebelum ni bersama suami dan anak-anak tapi gambar entah kemana.

Seronok gak sekali-sekali melepak ni kan.  Boleh berkongsi-kongsi hal blog dan macam-macam hal lagi.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...