OOO

Memaparkan catatan dengan label isu hangat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu hangat. Papar semua catatan

Ahad, Januari 02, 2011

Lepas gula minyak pula..alahai

Lepas isu kekurangan gula yang heboh di perkatakan dulu sebab disorok oleh pihak tertentu sebab nak naikkan harga, sekarang ni kisah minyak masak pulak jadi isu hangat.

Mula-mula macam tak percaya ajer, padahal pagi tadi dah dengar berita awani astro yang mengatakan peniaga barang runcit merungut minyak masak tiada di pasaran terutama minyak peket.

Tapi bila terkena kat diri sendiri barulah percaya bahawa minyak memang susah nak jumpa.

kredit gambar..google
Tadi macam biasa akak pergi NSK Selayang selepas menghantar Ira pulang semula ke asrama. Bila tenguk kat rak minyak, satu jenis minyak yang biasa akak guna dan jenama yang lain tiada langsung di situ.

Yang ada minyak jagung dan minyak lain yang berharga berkali ganda. Itupun setiap pelanggan cuma boleh beli se botol ajer minyak mahal tu.

Bila dah tak ada kat situ dalam perjalanan pulang ke rumah, boleh dikatakan setiap kedai runcit yang akak singgah memang tak ada minyak. Kalau ada pun cuma minyak peket yang berharga RM3.50 (selalunya RM2.60) itu pun tak boleh beli banyak cuma sepeket ajer. Oleh sebab tak biasa guna minyak peket akak tak beli.

Oleh sebab dah keletihan akak suruh Firdaus pulak mencarinya. Mula-mula ke Giant Batu Caves, Tesco Selayang, sekitar kedai runcit dan pasaraya di Taman Melati, Setapak dan akhirnya ke Jaya Jusco Wangsa Maju pun tak ada minyak masak yang biasa akak gunakan. Kata Daus,m inyak mahal adalah.

Akhirnya jumpa gak minyak masak di Wangsa Maju Seksyen 2 di sebuah kedai india, itupun tinggal 2 botol.Daus angkut 2 botol besar sebab kebetulan mak akak order sebotol.

Walaupun harga sebotol mencecah RM18.00(satu botol tangkai pemegang dah patah..angkut jugalah) dari harga biasa RM 13 atau RM14 (jenama yang lain pulak tu). Punyalah membuang masa, tenaga dan duit minyak kereta semata-mata nak mencari minyak masak. Geram betul dibuatnya.


Sekarang ni memanglah akak guna minyak jagung/minyak bunga matahari bila goreng sayur ataupun buat sambal tumis/asam pedas. Takkan nak goreng ayam/pisang pakai minyak mahal.

Mana mampu kecualilah memang orang kaya raya. Kalau akak tak berapa mampu macam mana pula dengan orang kampung ataupun orang yang berpendapatan rendah/sederhana. Dahlah harga bawang besar, bawang putih dan bawang merah ashik naik tak turun-turun. Begitu juga dengan bahan masak yang lain seperti ikan dan yang lain-lain.


Kenapalah pihak yang suka mengambil kesempatan suka menganiayai pengguna. Nak naik , naik ajerlah , akak cukup kesian dengan peniaga goreng pisang, keropok lekor dan sejenis dengannya. Kalau tak ada minyak camner mereka nak mencari rezeki.


Tolonglah jangan bagi rakyat susah bertambah susah. Padahal Malaysia negara tercinta kita ni merupakan pengeluar minyak sawit yang terkenal seluruh dunia. Pokok kelapa sawit bersepah-sepah.

Pandai sungguh sape yang jadi taikun/penyorok minyak ni. Bila dah tak ada di pasaran terpaksalah nanti kerajaan naikkan harga minyak masak. Pandai sungguh mereka ini kan. Bila naik harga maka benda lain pun akan ikut naik. Bila beli barang nanti RM10.00 dah macam RM1.00 ajer nilainya.


Kat tempat anda senang ker susah nak beli minyak? Cuba teka lepas ni ada pula yang hilang di pasaran.

Rabu, September 15, 2010

Maafkan Akak Yer

Dek sebab nak guna SEO sangat...ingatkan naklah tarik trafik tinggi sebab ada 3 BE ...akak pun gunalah perkataan peguam India..rupernya ramai yang tak tak setuju.  Ada pulak kata akak macam-macam.  Terasa jugaklah hati bila membaca komen yang  agak pedas camtu.  Rupernya jika tersilap bermain dengan SEO pun boleh memakan diri sendiri.

Sebenarnya akak masa akak taip tu akak tak pun bermaksud nak pekenakan sesiapa pun. Tulah mungkin niat di hati kita lain tapi pandangan orang lain pulak lain.  Al maklumlah rambut sama hitam tapi hati lain-lain. 

Nilah asam garam seorang blogger.  Ada masa orang tak suka dengan penulisan kita dan ada masa orang tak suka terutama bila kena isu hangat macam ni.  Sampai anak akak nasihatkan akak supaya berhati-hati bila mengulas isu hangat macam ni.  Tapi bangga gak sebab ada juga pembaca dari kaum lain sudi nak jenguk blog akak ni.

Akak berblogging ikut hati.  Tak best pulak bila kena hentam terutama dari Nina tu.  Tak perlah ..akak ni manusia biasa, mungkin tanpa sedar akak melakukan kesilapan.  Akak mohon maaf pada sape yang terasa.

Nasib baik N3 tu ada jugak orang nang..selama ni kat innit tak pernah nak merasa orang undi sebanyak ni.  Terima kasih buat yang sudi nang yer. 

Pembaca kaum lain memang suka menolong kaum mereka sendiri sampai kaum mereka ajer yang mendapat nang yang tertinggi.  Tapi tak kanlah kita nak paksa orang nang kalau kita tak rajin nang orang. Betul tak?

Jumaat, Ogos 27, 2010

Perlukah Kita Sweeping(Halau) Rakyat Indonesia di Malaysia

 kredit gambar ..google

Geram betulkan tenguk dalam berita bila bendera  Malaysia di bakar.  Dahlah sebelum tu mereka lemparkan najis kat dalam Kedutaan Malaysia.  Penunjuk perasaan ni memang betul-betul kurang ajar..sakit hati tenguk mereka goncang dan panjat pagar.  Pastu mereka nak halau rakyat Malaysia keluar dari negara tersebut.

Macamlah ramai sangat rakyat Malaysia yang bekerja kat situ..sebenarnya lagi ramai rakyat Indonesia di sini  yang mencari makan tak kiralah samada pendatang izin ataupun tanpa izin,yang kalau kita halau lagi merana kaum kerabat mereka kat sana yang bergantung dengan kiriman wang dari sini.Sebab ada kerabat mereka sinilah mereka boleh beli tanah dan buat rumah kat sana.

Sebab kat sana bukan senang nak cari rezeki...kalau ada pun upah tak semahal kat sini.  Masa akak kat sana..gaji seorang buruh cuma RM7.00-RM9.00.  Kat sini mereka boleh dapat berkali-kali ganda.  Tu sebab mereka boleh hantar wang berjuta-juta rupiah kat sana.

Tak sedar diri betullah mereka ni.  Bibik pulak cuma di bayar dalam RM50-RM100 ajer sebulan.  Bila datang sini nak mintak sampai RM800.00.  Kalah gaji kerani..padahal kalau majikan  gi kerja mereka boleh rehat tenguk sinetron.

Tapi kan kat sana memang selalu ada demo...rasanya hari-hari ada demo....macam-macam demo yang mereka buat.  Kalau dah demo tu jalan jadi macet (jem).  Kebanyakkan dari pendemo (penunjuk perasaan) tu dapat upah dan dapat makan..tu sebab mereka sanggup jadi pendemo.  Kerja lain susah..kerja demo kan senang...cuma jerit, panjat pastu buat kacau...dapat makan dan duit.

Kalau ada demo, akak memang tak berani nak keluar.  Bahaya.....sebab masa kes Pulau Ambalat ..mereka demo mati-matian kat depan situ....pastu mereka nak sweeping (menghalau) rakyat Malaysia yang bekerja ataupun ada kat situ...  Dahlah akak  masa tu tinggal berdekatan dengan Kedutaan Malaysia..boleh jalan kaki ajer.  

Bila hebuh tentang hal tu..akak nak ke pasar pun akak takut. Memang takut betul sebab mereka ni kalau kata macam tu..mereka akan buat. Bila gi ke C4 , ke gym, ke kolam renang, sauna ataupun gi ke shopping complex... akak terpaksa mengaku dari Singapura sebab takut di apa-apakan.

Apa nak buat ..terpaksa tipu sunat.   Yang tak best sebab Imran ni banyak mulut..bila orang tanya kat dia..dia bagi tau jugak dia orang Malaysia..iyerlah dia kecik lagi masatu...mana tau nak menipu.   Suami akak pun terpaksa  menipu camtu.

Nasib baiklah kita ni bertamadun..tak terikut-ikut perangai mereka.  Kalaulah kita nak sweeping rakyat Indonesia memang boleh..tapi kitakan tak macam mereka.  Buat ni  semua tak  nak gunakan fikiran.

Pastu media kat situ memang suka cari pasal dan suka pulak menaikkan darah rakyat Indonesia.  Sebab semangat patriotik orang sana memang kuat tau.

Nak gi ke sana pun dah seram sejuk...takutlah.lagipun menteri dah bagi amaran jangan ke sana buat masa ni.....
.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...