OOO

Memaparkan catatan dengan label jagaan perabot kayu jati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jagaan perabot kayu jati. Papar semua catatan

Khamis, September 27, 2012

Minyak Kayu Murni Untuk Kayu Jati

Assalammualaikum..
Akak nak share apa yang akak guna untuk mencantikkan perabut jati kat umah akak.

Oleh sebab ruang tamu akak memang hiasan dari kayu jati, akak kena selalu pastikan yang perabot jati ni bersih dari habuk, kena rajin menggilap supaya perabot ni sentiasa bersih dari kekotoran.
Kalau rajin akak buat 3 bulan sekali..kalau tak rajin akak buat 6 bulan sekali.  Akak pakai benda ni...di syorkan oleh pembuat perabut kayu jati semasa akak ke Jepara, Jawa Tengah pada tahun 2007.
Kat sana harga murah bebeno..masa nak balik for good..akak beli berbotol-botol.

Kat sini agak mahal tapi taklah sampai RM20 sebotol..lebih kurang RM6.00..masa beli tahun lepas punya harga.  Tahun ni tak taulah berapa harga sebotol..akak beli di kedai perabut jati di Nilai 3.
 
Kalau nak mengilap guna minyak kayu murni ni kena ambil masa yang lama.  Kena buh kat atas kain bersih..buh kat perabut..pastu kena lap lagi dengan kain yang lain.
Kalau nak bersihkan yang ni lagi ambil masa..kena guna berus buang habuk pastu guna gak berus nak sapu minyak kayu murni dan kemudian kena lap.

Memang leceh tapi nak buat camner..kenalah buat gak walaupun mood malas melanda.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...