Kisah jejalan kat UK tak habis lagi..dah nak cerita hal gi ke Taman Negaralah pulak..tak perlah akak selang seli ajer ek.
10hb. Jun 2011 (Jumaat)
Seumur hidup memang tak pernah menjejakkan kaki ke Taman Negara..bila suami bagitau kali ni nak gi ke Cherating ataupun ke Taman Negara..anak-anak sebut nak ke Taman Negara sebab dah banyak kali pergi ke Cherating.
Akak dah risau dah sebab orang kata, kat sini banyak aktiviti mencabar dan sesuai untuk orang muda sahaja. Tapi takkanlah akak nak duk umah sorang, mereka bergembira di sana. Nak tak nak ikut ajerlah.
Bertolak dari Kuala Lumpur dalam pukul 9.00 pagi, satu bas dengan 39 penumpang pastu berhenti sebentar di stesyen petronas dekat karak (mcm biasalah cari tandas) akhirnya sampai ke Jeti Kuala Tembeling dalam pukul 12.30 tengahari. Makan tengahari di kedai yang terdapat disini. Banyak gak pilihan tapi kami tertarik nak makan kat kedai makcik yang pandai cakap omputih dengan mat salleh. Hebat makcik ni tau..don't play play dengan dia.
Suami terliur tenguk ikan patin sungai. Pertamakali makan ikan patin masak asam rom daripada biji getah iaitu makanan kegemaran orang yang duk kat Jerantut, Pahang. Akak tak berani makan sebab perut akak ni sensitif sikit, kang tak pasal-pasal akak kena membuang kat tepi sungai. Sebelum ambil akak tanya dulu dengan penjual harga ikan ni, kang dah makan kena bayar RM2,000 pengsan baru tau.
Sementara menunggu suami dan anak lelaki solat Jumaat akak dan Ira lepak dan dera dia ambil gambar akak. Masa makan kami tinggalkan beg kat pondok menunggu, bila balik makan akak dan Ira jalan cepat-cepat sebab ternampak dari kedai makan ada 4 orang remaja baru sampai dan terjenguk-jenguk kat beg plastik.
Berderau darah akak..kelam kabut akak dan Ira gi ke situ. Dalam beg plastik ada 3 pasang kasut sukan berjenama. Bila kami sampai ajer, mereka boleh pulak bertanya..Ni beg mak cik ker?
Akak tak tuduh tapi dari gaya mereka akak syak mereka nak ambil kasut tu. Dahlah tak gi solat Jumaat. Alhamdulliah tak jadi apa-apa. Kena beringat lain kali. Lepas kami sampai 2 dari mereka beredar.
Akak tak tuduh tapi dari gaya mereka akak syak mereka nak ambil kasut tu. Dahlah tak gi solat Jumaat. Alhamdulliah tak jadi apa-apa. Kena beringat lain kali. Lepas kami sampai 2 dari mereka beredar.
Yang ramai pelancung asing datang masa kami sampai. Siaplah di tepek segala losyen takut kena gigit nyamuk. Kami relax ajer.
Oleh sebab orang yang bawa bot solat Jumaat kami kena tunggu dalam pukul 2.00 petang baru boleh memulakan perjalanan ke jeti Kuala Tahan. Sebelum tu buanglah apa-apa yang patut kat toilet kat situ yang bila masuk ajer kena bayar 0.50 sen.
Kami berdua yang excited ..al maklumlah kali pertama. Dekat 2 jam lebih gak naik bot ni..puas tenguk pemandangan kat tepi sungai.
Akak layan baca novel..Imran kebosanan sampai tertidur.
Budak muda cina kat belakang tu chong cheng..chong cheng.
Akhirnya sampai gak ke Jeti Kampung Kuala Tahan. Sukanya tenguk pemandangan kat sini. Bersimpang siur boat membawa penumpang ke sana ke mari.
Akak dan Imran naik bot yang ke tiga, suami, Firdaus dan Ira naik boat yang penghabisan sekali sebab setiap boat boleh naik seramai 13 orang ajer. Bila tenguk kat belakang dah nampak dah boat mereka..laju sungguh pemandu boat rempit.
Dari jeti Kuala Tahan dah ada pemandu dari Rainforest Resort Hotel Taman Negara menunggu, naik pickup 4 by 4 .wah thrill sungguh duk reramai kat belakang. Akak duk kat depan, tak daya nak naik dan turun nanti.
Akhirnya dapat gak merelaxkan diri selepas dapat kunci bilik dekat pukul 5.00 petang. Berdebar pulak menanti acara seterusnya.
