OOO

Memaparkan catatan dengan label kad mydin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kad mydin. Papar semua catatan

Khamis, Disember 15, 2011

Roti Canai Pakistan

Sekarang ni akak suka membeli belah kat Mydin di Danau Kota sebab kat situ ada jual sekali barang basah.  Lagipun harga kat situ lebih murah rasanya dari hypermarket yang lain.  

Sebagai Menteri Kewangan kat rumah ni akak kenalah pandai berbelanja berhemah tapi tak lah pergi tiap minggu selalunya pergi 2 minggu sekali.
Lagi satu bila beli boleh dapat point tapi kenalah melabur dulu  setahun RM12.00. Satu point RM1.00, bila dah cukup RM2,000 (klu x silap) korang boleh redeem barang.  Akak ni memang suka kalau ada kad member yang dapat point camni.
Kalau korang nak tau apa kelebihannya kad meriah mydin korang 
boleh ke SINI
 Akak ni memang pantang nampak benda offer, bila nampak terus grab, sebab murah paratha ni dari harga jenama lain. Banyak pulak tu dekat RM1.90..apa lagi akak pun ambil sampai 2 paket sambil tak belek.

Sekarang ni rasa agak malas pulak nak mengguli dan menebar roti canai kat umah.  Lagi pun kat Mydin ni semua barang halal kan.
Bila goreng wah sedap dan garing rasanya.  Kebetulan akak buat kari daging malam sebelumnya.  Sedap aaa mencicahnya.
Bila belek bungkusan ...herm dari Pakistan rupanya.  Pandai gak orang sana buat ek ataupun memang roti canai berasal dari sana kot?

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...