OOO

Memaparkan catatan dengan label kambing bbq. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kambing bbq. Papar semua catatan

Selasa, Februari 01, 2011

Masakan Western

Ada selalu kata kalau makan daging kambing tak leh makan bebanyak sebab nanti pening..tapi ada pulak info yang akak baca makan daging kambing baguslah pulak. Entahlah. Kat umah ni semua peminat kambing tapi akak selalu buat bila Ira balik dari asrama. Yang 2 orang tu tak makan pun tak per..kat sana lagi best makanan western yang boleh di makan.

Kalau malas akak beli ajer kepingan daging kambing yang dah siap di perap. Akak suka beli di JJ Setiawangsa sebab insyallah lepas dah di masak isi kambing ni lembut sungguh. Bahan perapan pun sedap. Kali ni akak goreng dulu di kuali leper dengan menggunakan sedikit minyak zaitun.
Kemudian separuh dari kepingan kambing yang dah di goreng akak tuang kacang panggang, hirisan bawang holland pastu bakar sekejap dalam oven dalam 20-30 minit.
kali ni beli sup campbell ayam
Rebus sekejap bunga kobis dan lobak merah yang telah di potong kecil dalam air bercampur garam dan sedikit minyak dan di gaul dengan mayonis yang telah di letak sedikit lada hitam dan sedikit jus lemon.
Roti panjang beli kat giant pastu potong kecil dan letakkan 6 sudu makan mentega (akak guna jenama snow) yang telah di campur dengan 4-5 bawang putih yang telah ditumbuk dan campurkan juga daun parsli kering bersama sedikit garam. Bakar sekejap didalam oven.

Selasa, November 09, 2010

Resepi Kambing Panggang

Semalam pergi ke JJ Setiawangsa sambil beli barang ajak redlinda sekali sebab nak kasi kukis kat anakperak.  Sebab anakperak yang tolong buatkan harder baru akak ni.  Dia tak nak upah , tapi tak sedap pulak, akak bagi ajerlah kukis kat dia. Rumah  redlinda kat situ ajer. 

Ternampaklah pulak kepingan kambing yang banyak isi masa jalan-jalan kat supermarket.   Boleh pilih pulak tu.Tak mahal sangat pun, 6 kepingan besar baru RM20.00 ajer.  Akak pun penat sebab pagi buat kukis 400 keping pastu hantar pulak kat customer.

Lepas pot pet pot pet dengan redlinda akak gi ambil Imran kat sekolah dan balik rumah terus perap kambing tadi.
Basuh kepingan kambing tadi dan toskan.  Pastu tumbuk 2 inci halia dan 5 biji bawang putih.  Kemudian lumurkan bersama 1/2 botol honey hickorey barbecue sauce ni.  Perap dalam 1 jam.  Lebih lama lagi bagus tapi dah suntuk akak cuma perap 1 jam ajer.
Bubuh minyak zaitun kat dalam di sekeliling dulang pembakar.  Kemudian susun kepingan kambing dan bakar dalam 1 jam dengan suhu 200 C dengan menggunakan api bawah sahaja.  Masa pembakaran air dari kepingan kambing akak keluar.

Siapkan 1 biji bawang besar dan 1 biji tomato.  Hiriskan bulat.  Bila dah satu jam atau air dah hampir kering masukkan pulak 1 tin  besar baked bean (akak guna ayam brand) dan bubuh sekali tomato dan bawang besar dan ratakan dan bakar semula dalam 10-15 minit. 

Keluarkan dan boleh di makan bersama-sama kentang goreng, roti jagung/roti perancis  dan sup kimball. (luper nak ambil gambar).  Cubalah yer.

p/s Akak cadang nak letak resepi yang lama-lama kat blog akak http://roslana06.blogspot.com/ .  Kat situ gambar barang lama.  Kalau letak resepi pun boleh gak kot.   Sebab boleh jadi gak warisan untuk anak cucu akak kot.   Nanti akak tranfers semua resepi tahun lepas. 

Kalau nak resepi yang lama gi ajer ke sini yer ..bukan sekarang ek...ambil masa gak nak pindahkan ke situ..jadi jangan lupa linkkan http://roslana06.blogspot.com/.  untuk mencari resepi lama.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...