OOO

Memaparkan catatan dengan label kampung salang pulau tioman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kampung salang pulau tioman. Papar semua catatan

Sabtu, September 29, 2012

Sukaneka Tepi Pantai Kampung Salang, Pulau Tioman

Assalammualaikum


Sukaneka ni tak ada dalam program..buat last minit..
Acara rebut jajan..pandai budak tu..dia ambik jajan masuk dalam baju..Imran pun masuk juga.  Budak kecik yang tak pandai mak dan ayah sibuklah tolong kutip..kang kalau tak dapat..anak melalaklah pulak...tak apalah kan..
Acara paling kelakar
Bawa kelapa celah kangkang
Ashiklah terjatuh kelapa sebab bukan senang tau..

 
 kalau pakai trek lain payah sebab licin
sakit perut gelak...

 
 acara tarik menarik guna pelepah kelapa 
 
 Wah Firdaus tak sabar nak tarik
 Lagi kelakar tenguk gaya peserta..ada yang tergolek..ada yang tertonggeng..orang Cina dan India ni pure dari sana..dorang memang tak tau nak main permainan ni.  

Akak masih kecik pernah gak main tarik pelepah kelapa ni..seronok tapi tak tahan tang punggung..sakit kannn terutama bila kena tarik atas batu batan.
Mula-mula Firdaus tarik sepupu dia..no satu..tapi bila kena tukar giliran ..memanglah tak larat anak buah akak nak tarik anak akak yang sehat bugar ni..kah..kah..kah..puas akak gelakkan anak sendiri
Imran tak sabar nak main tarik kelapa dengan gelung rotan..yang best Imran dapat no 1
 
 Mat Salleh pun tenguk gak
lari dalam guni
 
pecah belon
Akak masuk acara tiup belon..
 
senang tak yah lari sana lari sini

1............2..............3...........tiuppppppppppp
fuh...fuh...fuhhhh..kalah ..sebab belon akak pecah

Acara terakhir..tarik tali..kumpulan lelaki lawan kumpulan perempuan
 

Yang best..geng perempuan di tolong oleh mat salleh dan anak akak Firdaus..akhirnya geng ni yang menang..

Kalah menang belaka kira..apa yang penting..kerjasama..





Selasa, September 18, 2012

Semuanya Teruja (Excited) Nak Ke Laut Pulau Tioman

Assalammualaikum ..kita sambung kisah cuti-cuti di Pulau Tioman yer
Oleh kerana kejernihan air laut di sini, semua tak sabar-sabar nak menerokai alam lautan yang luas ciptaan Allah SWT
Terutamanya anak kecik akak ni..first timelah katakan..siap gi training dulu sorang-sorang
Kami tergelak melihat telatah Imran
punyalah terujanya dia
Ira pun sama
Sebelum tu kena tulis nama dulu..senang nak kira dan tau berapa orang yang nak gi
Gaya 2 beranak..
Semua dah tak sabar nak meneroka lautan
 Sambil tu tenguk mat salleh yang baru nak belajar diving..kena baca buku, 
jawab ujian di kertas pastu baru ke laut..susah gak nak dapat lesen menyelam rupanya.
 Beli roti nak bagi ikan makan...cubit kecik-kecik dan 
masukkan dalam botol...penutupnya hendaklah di lubangkan
 Agak korang akak gi snorkelling tak? Peralatan dah bawa dah tu


Jumaat, September 14, 2012

Pulau Tioman..Sampai Gak Akhirnya

Setelah menempuhi perjalanan dengan feri lebih kurang 2 jam akhirnya sampailah kami ke Kampung Salang, Pulau Tioman Rompin. Kampung ini terletak paling hujung jadi mengambil masa gak nak sampai sebab feri berhenti di kampung yang lain.  Subhanallah cantiknya pemandangan kat sini.
Hilang segala kepenatan kerana perjalanan yangmengambil masa yang agak lama  bila melihat suasana yang mendamaikan ini.
Cantiknyaaaaa air laut membiru
Inilah suasana tempat kami tinggal nanti
Masing-masing ashik menjenguk ke lautan..tak puas-puas menghayati keindahan alam ciptaan Allah swt
Airnya sungguh jernih ..rasa tak sabar nak terjun nak mandi manda
Salang Indah Resort nama tempat penginapan kami, lepas letak barang di sini kami makan tengahari.  Akak memang makan puas-puas sebab malam tadi tak berapa nak makan sebab takut perut meragam dalam bas.
Lepas makan di beri kunci bilik..mandi dan terus lena tak sedar sampai ke petang.  Penat tauuu

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...