OOO

Memaparkan catatan dengan label kek batik/marie fudge cake. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kek batik/marie fudge cake. Papar semua catatan

Khamis, November 17, 2011

Kek Batik / Marie Fudge Cake yang tak cantik

 
Tak cantik sebab akak suruh Ira buat dan lagi satu akak gunakan biskut marie coklat sebab itu yang ada kat umah.  Tak kisahlah kan..janji sedap di makan

Resepi ni ada macam-macam stail  rupanya, akak ambil resepi  dari kak yatiezaini myresipi,

Bahan-bahan  
  • 1 bungkus besar biskut marie perasa original - dipatahkan 2 atau 3
  • 1/2 tin besar susu pekat
  • 180 gm butter
  • 100 gm coklat bar masakan
  • 1/2 cawan milo
  • 1/3 cawan air panas  ( ganti dgn susu segar)
Cara-cara

1. Kesemua bahan nombor 2 - 6 dimasukkan kedalaem kuali - masak dengsn api yang perlahan sehingga semuanya sebati dan sedikit pekat.. (lebih kurang 10-15minit)

2. Masukkan biskut kedalam kuali gaulkan sehingga sekata.
3. Alihkan adunan kedalam loyang / bekas / tupperware yang tlh disapukn butter dan tekan sehingga betul-betul padat.. ( gunakan plastik/kertas minyak  untdk menekan adunan supaya tak melekat ditangan). Simpan di dalam peti sejuk selama 1  hingga 2 jam.
4. Keluarkan dari loyang  dan  potong.. SIAP ..dah boleh dimakan. Selamat Mencuba.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...