OOO

Memaparkan catatan dengan label kek coklat kukus sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kek coklat kukus sedap. Papar semua catatan

Jumaat, Jun 17, 2011

Kek Coklat Kukus

Cuti sekolah anak-anak ashik sebut..mak nak makan apa..laparlah. Kebetulan coklat yang akak beli dah lama tersimpan. Demi memenuhkan perut anak-anak akak pun buatlah kek coklat ni. Walaupun rupa buruk sebab masa letak kertas minyak tak betul, janji habis di makan udahlah kan.

Oleh sebab akak guna coklat converter gred A, akak cairkan coklat dengan mentega ajer.

Bahan-bahan
  • 250gm mentega
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan gula perang
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan susu segar suam
  • 3/4 serbuk koko
  • 1 1/4 tepung gandum
Coklat Ganache
  • 150gm coklat masakan
  • 1 sudu besar mentega

Cara-cara
  1. Gris loyang dengan butter dan tepung.
  2. Panaskan kukusan. Ayak tepung gandum dan serbuk koko.
  3. Pukul mentega bersama gula castor dan gula perang hingga kembang.
  4. Masukkan esen vanila dan kacau sebati.
  5. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga kembang dan gebu.
  6. Masuk tepung yang telah di ayak dengan serbuk koko.Kaup balikkan biar sebati.
  7. Masukkan dalam loyang, tutup dengan alumanium foil dan kukus sehingga 1 1/2 jam.
  8. Biarkan sejuk dahulu sebelum di hiaskan.

Untuk membuat choc ganache
  1. Dadukan coklat masakan kecil-kecil.
  2. Masak secara double boiled sehingga coklat cair.
  3. Padamkan api dan masukkan mentega sehingga cair dan kacau sebati.
  4. Tuangkan keatas kek yang telah disejukkan.
  5. Hiaskan ikut selera sendiri.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...