OOO

Memaparkan catatan dengan label kek harijadi sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kek harijadi sedap. Papar semua catatan

Rabu, Jun 29, 2011

Hari Jadi Anak Tali Baruts

isss hampagas betullah..tadi akak sajer google search imej sambal ikan keli. ada 2 blog yang ambil gambar kat blog akak. seorang tu tak perlah dia kata ambil gambar dari google tapi yang blog lagi satu tu siap edit dan tulis nama blog dia..geram tullah.
Sebagai ketua tali barut akak di jemput oleh talibaruts eyriqazz gi ke rumah dia nak sambut harijadi anak kecil beliau alisya. Sampai ajer dah ada tetamu yang hadir. Orang pempuan kalau dah jumpa mestilah bergossip.
Akhirnya setelah sapa menyapa di blog sahaja, dapat gak bertentang mata dengan mamazharfan.

Nasib baiklah dia ni peramah dan suka pot pet macam akak. Lama gak borak dengan dia sebab tak ada orang lain yang sampai lagi. Akak bagi hadiah kukis sebab beliau pernah menang contest di blog akak dahulu. Kena tunggu dia balik setelah habis belajarbaru boleh bagi. Takkan nak pos jejauh kat uk.
Beruntung Alisya dapat 3 kek sekaligus. Sedap-sedap pulak tu..Gto agak pendiam sebab baru cabut gigi bongsu.
Mama yang ceria bersama 2 anak lelaki dan manager akak
Selamat ulangtahun Alisya, semuga menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat. Imran tukang sibuk duduk depan.
kameraman dan kamerawomen sibuk sungguh nak snap
first time dapat tempahan buat puding..puding roti akak buat, puding caramel Ira buat (duit upah bagi kat dia)..entah sedap entah idak tak taulah.
Suka tenguk cup cake fondant ni hasil tangan azura,..salah seorang penaja contest akak dulu cantik sungguh.
ummmmmmmm cedapnyaaaaaa..ewah mama punya harijadi ker ...alisya punya...kemain mama alisya menyuap cupcake ke dalam mulut

suka tenguk gelagat anak tali barut Hasanah aka Yana (teringat Yana masa kecik) anak Matjoe dan Alisya..kek yang telah di korbankan dan dah masuk ke dalam perut orang yang hadir.
Tali baruts yang setia Daydeck dan Matjoe yang tak ingat nak balik-balik sebab ashik makan bihun dan nasi dagang. Bila dah pukul 5.00..jom daydeck kita pulang..lama kau duk umah tali barut ni..dekat 4 jam..fuhhhh

Jumpa gak dengan Bella Enveus bersama teman dia.
jejai pakwe Fasha Sandha aka jai..dalam pukul 5.00 baru Bean Moreno datang bersama wife dia. Terima kasih buat Azwa sebab bagi bekal bawa balik nasi dagang, gulai ayam dan ikan tongkol (serius sedap)
Mak ...Imran nak celebrate birthday tahun depan tahun tau...hermmmm...tenguk budget ek anakku(cilok gambar dari fb http://www.daydeck86.com/)

p/s ada lagi rupanya blogger yang datang selepas akak balik, tak ada rezeki nak jumpa

Khamis, Mac 10, 2011

Kek Mahal Untuk Harijadi Athirah

Terlambat nak wish Athirah sebab tak jumpa gambar kek ni dan lagipun masa celebrate harijadi dia dah masuk minggu ke dua bulan Febuari pastu sibuk balik kampung masa cuti hari raya cina..pastu ada sepupu kawin..(banyaklah alasan)..pastu gi India...(banyaklah alasan lagi)

Ira dan Imran lahir pada bulan yang sama cuma tarikh berbeza. Imran pada 21hb. Jan dan Ira pula pada penghujung bulan Januari. Bila dia balik dari asrama akak tanya nak kek apa?
Nak kek ice cream baskin robbins..
wah classnya citarasa Ira ni. Oleh sebab Ira tak join kami lawat Yana kat India, hb akak pun tunaikan hajat dia tu. Kek ini kena order 4-5 hari baru dapat. Kenalah tunggu dia balik lagi 2 minggu baru boleh order dan dapat kek ni. Senyum lebarlah dia bila dia balik dapat kek idaman hati.
Imran pun tumpang sekali..baru balik main bola..muka basah kuyup sebab basuh kononnya cunlah tu bila ambil gambar dia. Imran sentap gak sebab masa harijadi dia akak cuma buat kek cawan upin dan ipin. Bila akak bagitau dia dapat gi jejalan kat India barulah dia senyap.
Bukan saja Ira dan Imran senyum, manager, hb dan akak pun senyum sebab first time rasa kek ais krim. Sebab mahal sangat tu sebab tak pernah beli.


Kek kecik camni pun dah RM100 lebih..nasib baik tak pandai buat..

Buat Athirah, semuga berjaya dalam peperiksaan PMR tahun ini. Mak memang nak Ira dapat 9A tapi jika Ira dah berusaha sedaya upaya tapi tak dapat keputusan cemerlang macamtu, mak redha. Janji Ira jangan terasa tertekan. Relax lah yer.

p/ Taklah mahal pun..sekali sekali bolehlah..

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...