OOO

Memaparkan catatan dengan label kek lapis sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kek lapis sarawak. Papar semua catatan

Selasa, Julai 26, 2011

Kek Lapis Ais Krim Soda Yang Mengancam

Sendiri buat sendiri puji wa ka ka . Lega bila baca dalam Harian Metro hari, mentega Golden Churn di sahkan halal dan juga barbican. Sebab kalau buat kek lapis guna mentega berkualiti tinggi seperti GC tu memang sedap.

Akak buat kek lapis ni untuk Yana bawa pulang ke India hari Isnin (semalam). Kat sana mana ada kek lapis, nak suruh Yana buat..erhmm tak mungkin kot. Kat tempat tinggal Yana memang susah nak dapat butter. Minyak sapi banyaklah. Tinggalkan sepotong ajer kat rumah, yang lain semua dia bawa. Resepi asal dari Bro Rozzan.

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 300 g mentega
  • 120 g gula halus
  • 1/2 camca teh ovallate
  • 6 biji telur gred A
  • 220 g susu pekat manis
  • 100 g horlicks
  • 1 1/2 camca teh esen ais krim soda
  • 1 camca teh pewarna biru
  • 50 g jem raspberry
  • 1 camca teh esen raspberry (akak tak letak pun)
  • 1 camca teh pewarna merah jambu
  • 1 camca teh pewarna hijau muda/esen pandan (gunakan ajer pewarna yang ada kat rumah)
  • 160 g tepung Hong Kong
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 7 x 7 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas minyak tadi. Panaskan oven pada suhu 190C (api atas dan bawah).
  2. Putar gula, ovallate dan mentega dengan kelajuan tinggi selama 7 - 8 minit. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang (jarak waktu untuk 1 biji telur = 1 minit).
  3. Pada kelajuan sederhana, masukkan susu pekat manis dan horlicks. Putar rata selama 2 - 3 minit. Tukar pada kejuan perlahan dan masukkan tepung dan gaul sebati selama 1 - 2 minit sahaja. Kalau nak gaul tepung menggunakan spatula pun boleh.
  4. Bagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. 1 bahagian dicampur dengan esen ais krim soda dan pewarna merah, (kat gambar cam warna oren) kacau rata.
  5. 1 bahagian dengan jem raspberry, esen raspberry (kalau guna) dan pewarna biru, kacau rata dan 1 bahagian lagi pada warna hijau.
  6. Sudukan 3 camca besar adunan warna biru (ada jem rasberry), ratakan dan bakar hingga masak (6 - 7 minit)..(bergantung kepada suhu oven masing-masing)
  7. Keluarkan dan tekan sedikit, kemudian ratakan adunan bewarna hijau ratakan dan bakar, tapi kali ini, api ditukar pada api "grill" dan suhu pula 200C, bakar hingga masak (6-7 minit)
  8. Utk lapisan ke 3 ratakan warna merah dan masak juga 6-7 minit dan ulangi sampai habis.
  9. Kemudian bakar guna api atas bawah dan bakar sekejap dalam 5 minit. Kalau takut hangus bolehlah di tutup dengan aluminium foil.

Join us at the Toyota Roadshow to get a feel for the desirable new Vios G Limited and Vios TRD Sportivo!

Isnin, November 22, 2010

Resepi Kek Lapis Strawberry Cheese


Dah lama tak buat kek lapis. Kali terakhir buat masa Yana nak bawak balik ke sana. Memang kalau nak buat kek lapis memerlukan kesabaran yang tinggi. Kalau orang nak tempah...akak jawab..boleh..boleh belahhhhh ...tak kuasa weii...baik akak buat kukis.

Tak confidentlah nak buat jualan. Kalau nak buat kek lapis untuk makan sendiri baiklah gunakan butter mahal macam jenama scs, anchor atau golden churn. Memang kek berbau wangi masa di bakar.

Ambil resepi ni kat blog http://mawarmerah7.blogspot.com/. Ima ambil dari tuan punya resepi http://rozzan.blogspot.com/

Bahan-Bahan
450 gm mentega-akak guna jenama anchor
250 gm Philadelphia cream cheese (jenama Kraft)
1 sudu makan ovalette
150 gm gula halus
10 biji telur
1 tin (kira-kira 400 gm) susu pekat manis
300 gm tepung Hong Kong-ayak dulu
100 gm Horlick
180 gm jem strawberry (reduced sugar- kurang manis)saya guna pie filling
1 sudu teh esen strawberry
sedikit pewarna merah/merah jambu (lebih baik jenis yg pekat atau serbuk)

Cara-cara

1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalette sehingga sebati.
2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang.
3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata.
4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu manis. Pukul sebentar.
5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan horlicks. Gaul rata.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan plain dan yg satu lagi dibubuh jem strawberry, esen strawberry dan pewarna merah.
7. Bakarlah menggunakan loyang 10”x7” atau 8”x8” yg telah di alas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya. Suhu kira-kira 180 – 200 darjah Celsius.
8. Ambil 2 senduk adunan plain (akak gunakan 5 sudu makan setiap lapisan) dan ratakan dalam loyang kek. Bakar dengan api atas bawah sehingga masak. Utk lapisan kedua hingga akhir, tukarkan suhu oven kepada api atas jer (grill). Ambil 2 senduk adunan plain lagi dan ratakan dia atas lapisan pertama tadi.
9. Utk lapisan ketiga, ambil 2 senduk adunan strawberry dan ratakan atas lapisan kedua tadi. Buat begini sehingga habis semua adunan.

Nota:
Mengenai corak lapisan samada 2 plain, 2 merah atau 1 plain 1 merah, terserah pada kreativiti dan citarasa anda.
Akak buat 2 lapisan merah (5 sudu makan setiap lapisan) dan 2 lapisan asal

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...