OOO

Memaparkan catatan dengan label kemalagan ngeri b as delima di alor gajah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kemalagan ngeri b as delima di alor gajah. Papar semua catatan

Selasa, Disember 07, 2010

Kueh Udang Alor Gajah Memang Terbaik

Dulu pernah makan sekali kueh udang kat Pekan Alor Gajah. Terjatuh cintalah pulak dengan kueh udang kat sini. Bukan kueh udang ajer tapi ada tahu, timun dan tempe. Ada gak burung puyuh goreng tepung.
 
Kuah bukan kuah rojak cam mamak tapi cili sos yang sedap. Gerai ni kat Medan Selera Alor Gajah di hujung sekali. Parking tak ada masalah kat sini. Kalau tak jumpa tanya ajer orang kat pekan ini.
Duta kueh udang. Boleh order untuk seorang, 2 orang ataupun 4 orang. Kalau dah cuba nak lagi tau.
 
Macam-macam ada..fish ball dan lain-lain. Kalau lalu kat Alor Gajah janganlah lupa terjah ke Perniagaan Kueh Udang Alor Gajah di Melaka. Mesti tak menyesal punya.

Akak pernah tertipu 2 kali sebab ada juga gerai lain di Negeri Sembilan yang kata jual kueh udang Alor Gajah tapi bila makan...memang tak leh lawan dan tak sesedap kat sini.

Isnin, Oktober 11, 2010

Gambar kemalangan pada 10.10.2010 (12 maut dan lebih 40 cedera)

REMBAU: Sekurang-kurangnya 12 maut dan lebih 40 cedera dalam kemalangan membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam tadi.
Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.

Pada masa yang sama, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) turut gagal mengelak dan melanggar bas ekspres itu.

Tragedi Oktober itu mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamat.
Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu.

“Sebaik keluar dari kereta, saya terlihat mayat pemandu van putih terjuntai dari pintu tingkap, manakala bas Delima Ekspress pula melintang di tengah-tengah lebuh raya sehingga menutupi ketiga-tiga lorong laluan menuju ke Alor Gajah. 

“Selepas itu, saya berlari ke arah bas berkenaan dan terlihat pemandu kenderaan itu mengadu kesakitan akibat tangannya tersepit di stereng. Saya cuba membantu tapi tak berjaya,” kata Md Razel Sarmin, 38, pemandu Honda City yang terselamat dalam kejadian itu. 
“Saya sempat melihat bas itu merempuh Toyota Hiace, sebelum van itu berpusing beberapa kali. Saya berjaya mengelak dari terkena bas itu, namun tetap tergesel dengan van berkenaan.

“Sejurus selepas itu, saya terus menghentikan kereta dan meminta semua tujuh ahli keluarga lain keluar. Selepas itu, baru saya perasaan terdapat banyak mayat bergelimpangan di atas permukaan jalan,” katanya
.
sumber : Berita Harian
Sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tiga kereta turut terbabit dalam kemalangan itu.  Bas express Delima  dari Melaka ke Kuala Lumpur yang di percayai bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan sebelah dan menghempa kereta yang sedang menuju ke Melaka dari Seremban menyebabkan bas itu terbalik dengan tayar ke atas.

 sumber - berita harian on9
SEBUAH bas menghempap sebuah kereta dalam nahas di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam tadi.  

Dalam pada itu, salah seorang penumpang bas Ekspres Delima yang terselamat, Nur Najlaa Aqilah Mohd. Ghazali, 19, berkata, dia tiba-tiba terasa bas yang dinaikinya berpusing lalu menghempap sebuah kereta selepas melambung ke laluan bertentangan.
“Ketika kejadian, saya sedang tidur. Saya tersedar apabila bas itu berpusing dan menghempap kenderaan di laluan bertentangan. Tidak lama kemudian, bas yang kami naiki dirempuh beberapa kenderaan lain termasuk sebuah bas (membawa ahli PBTM),” kata pelajar Universiti Malaya itu yang kini dirawat di HTJ setelah mengalami kecederaan di tangan dan muka.
sumber : berita harian on9
Difahamkan, bas JKM membawa peserta yang menghadiri Perhimpunan Raksasa PBTM, turut dinaiki Exco Kerajaan Melaka, Datuk Karim Sulaiman. Bagaimanapun, kesemua penumpang bas itu dilaporkan selamat.


Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom, berkata kemalangan berlaku di lebuh raya menghala ke selatan, iaitu di antara Hentian Pedas-Linggi dan Plaza Tol Simpang Ampat.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...