OOO

Memaparkan catatan dengan label kemalangan dahsyat di simpang pulai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kemalangan dahsyat di simpang pulai. Papar semua catatan

Selasa, Disember 21, 2010

Dahsyat sungguh dahsyat

27 termasuk 25 pelancong Thailand balik dari Cameron Highlands terbunuh

SIMPANG PULAI: Dahsyat dan mengerikan. Itulah gambaran keadaan nahas jalan raya terburuk dalam sejarah negara membabitkan sebuah bas persiaran dua tingkat yang mengorbankan 27 orang - 25 pelancong Thailand dan dua rakyat tempatan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai berhampiran Kampung Juang di sini, semalam.
Nahas itu menyebabkan kedua-dua tayar depan bas terbabit tercabut dan tercampak ke longkang di laluan bertentangan, manakala bumbungnya ranap sama sekali dengan lebih 10 mayat bergelimpangan di jalan raya dan longkang manakala selebihnya termasuk yang cedera tersepit dalam kenderaan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof, berkata 22 penumpang mati di tempat kejadian, lima lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), manakala 10 cedera termasuk dua kritikal.
Dua rakyat tempatan yang terkorban ialah pemandu bas berkenaan yang bekerja sebagai pemandu bas syarikat SK Murni Travel & Tours, Omar Shahidan, 48, dari Kangar, Perlis, serta pemandu pelancong, Soontorn a/l Kian, 38. Pelancong Thailand yang maut pula membabitkan lapan lelaki dan 17 wanita.

Zakaria berkata, semua pelancong terbabit dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.
Bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian, beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku
ketika bas yang dipandu laju itu menuruni bukit di satu selekoh tajam sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.
KRONOLOGI

  • 11 pagi – Bas dipercayai bergerak dari Cameron Highlands ke Simpang Pulai

  • 11.40 pagi – Bas terbabit kemalangan

  • 11.59 pagi – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai menerima panggilan kecemasan

  • 12.05 tengah hari – Laluan kedua-dua arah dari Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup

  • 12.10 tengah hari – Bantuan dari BBP Gopeng dan Ipoh tiba dan kerja mengeluarkan mangsa dilakukan

  • 12.13 tengah hari – Mangsa pertama dikeluarkan

  • 2.37 petang – Kren untuk mengangkat bas tiba

  • 2.55 petang – Mangsa terakhir dikeluarkan

  • 3.08 petang – Bas dialih untuk kerja mencari mangsa dilakukan

  • 4.00 petang – Kedua-dua laluan dibuka semula

  • 5.00 petang – Bas ditarik ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di Simpang Pulai
  • antara mangsa yang terselamat
    Sumber : Berita Harian Online
    Untuk berita lebih lanjut klik http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Nahasterburuk/Article/

    Adsense

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...