OOO

Memaparkan catatan dengan label kenangan di newcastle united kingdom.gambar di newcastle united kingdom. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenangan di newcastle united kingdom.gambar di newcastle united kingdom. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 27, 2011

Ke NUFC/The Magpies, The Toon

Nampak tulisan perdu..rasanya cam bar ajer bila tenguk tulisan kat tingkap.
 tq google..lupa nak klik
Sempat gak ke kedai 1 pound..beli coklat dan air.  Lebih kurang macam kedai RM2.00 kat Malaysia.  Kat London tak jumpalah pulak.
Lepas puas jejalan pusing-pusing dalam kat town Newcastle kami ke  Stadium pulak.
Belilah serba sedikit cenderahati buat kenangan
Hb frust sebab jersey idaman telah habis di jual..tak per nanti suruh 
anak belikan  jersey musim akan datang sebab tak jauh dari rumah anak.
Pemandu yang bergilir-gilir bawa kereta sewa.  Minyak memang mahal dari Malaysia tapi sepanjang perjalanan lebuhraya tak di kenakan tol.  Hb kata perbelanjaan lebih kurang macam kat Malaysia gak sebab kat Malaysia lebuhraya memang ada tol.  Tak payah buka air cond bila jejalan sebab tak panas , jadi boleh save minyak.


Kami makan kat sini nasi goreng dan spageti.  Omputih yang lalu lalang kat sini cam hairan ajer tenguk kami.
Geram betul tenguk buah strawberi ni kat kedai buah..tak tahan.  Murah ajer 2 kotak baru 5 pound. Ada gak beli buah anggur yang harga lebih kurang cam harga kat Malaysia dan buah mangga pakistan.

Oleh sebab ada masa lagi kami ke satu lagi tempat.

Rabu, Mei 25, 2011

Jejalan di Newcastle United Kingdom

 9hb. Mei 2011
 Akak terpegun bila pertama kali sampai kat Newcastle ni.  Cantik sungguh bangunan di sini.  Kat area sini kebanyakkannya kedai jual barangan berjenama.  Kami window shopping ajer.  Nampak gak Primark antara tempat shopping yang fofolur di United Kingdom
Bagus betullah mereka pelihara bangunan lama camni.  Tak macam kat sini. Akak ralat betul bila Penjara Pudu di robohkan. Jangan nanti mereka robohkan bangunan sultan abdul samad dahlah.
Terkedu menenguknya sambil tangan tak sudah-sudah klik sana klik sana.  Jangan marah ek akak letak banyak gambar bangunan lama ni.  Ada gak bangunan moden tapi tak banyak.
Kalau ada kamera canggih lagi lawa kan.
hotel thistle ni mahal tau bayarannya ..tak caya google ajerlah
tempat kami parking keta..tension gak setiap jam russhdi kena berlari masukkan 1 pound tak leh letak bebanyak..agak jauh gaklah

kat sini baru jumpa kedai ayam halal orang arab tapi kami tak singgah makan sebab akak bawa bekal nasi goreng dan spageti.  Ada gak terjumpa kedai pizza dan kebab halal.  Anak kata KFC pun halal kat sini.  
 Ada ajer chinatown ni kan kat mana-mana

akak ni memang suka tenguk bangunan lama

tak taulah pulak ni monument apa

hb sempat lagi sambar handphone kat sini sebab jenis yang dia beli tak ada kat sini dan harganya murah separuh dari harga di Malaysia sampaikan akak pun naik syeh nak beli gak tapi bila di nasihatkan akak tak jadi beli sebab yang lama masih elok lagi

Letak lagilah gambar lomantik ni.  Hb akak sebenarnya tak suka bergambar dan marah bila ambil gambar dia  tapi kat sini boleh pulak dia suruh Russhdi ambil gambar sambil peluk akak.  Takut gak orang kata buang tabiat.
Jejalan kat town Newcastle tak terasa penat
Jalanraya lenggang ajer walaupun hari Selasa

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...