OOO

Memaparkan catatan dengan label kenangan di united kingdom. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenangan di united kingdom. Papar semua catatan

Selasa, Jun 28, 2011

Sebelum Ke London

Bila keluar dari rumah ternampak polis ni, suami pun panggil , nak ambil gambar buat kenangan. Dengan senang hati polis ni bergambar dengan kami.
Kami ke Bridge, tempat shopping yang popular di sini. Beli sedikit cenderahati untuk anak-anak.
Beli barang makanan di Tesco, anak yang tau halal ker idak benda yang akak beli. Cheese memang murah kat sini.
tekak mengada-gada nak makan sup bihun, harga satu paket kecik untuk 2 orang makan yang dah di rendam 1 pound kat tesco.
Balik dari beli bihun tu akak buatlah bihun sup. Bihun paling mahal yang akak pernah buat.
Kat Primark tempat shopping yang popolur di UK..jaket ni 10 pound ajer kat sini
Ingat nak beli untuk anak tapi tak jadi...takut anak tak kenan, al maklumlah anak sekarang, kang kita beli dia tak nak pakai. Buat sakit hati ajer duit habis camtu.
Ke Stadium Sunderland
apa lagi beli jersey sunderland..tapi sayang tak ada saiz kecil untuk hb, beli untuk Daus dan adik ipar.
Ada gak sup punjut adabi kat sini. Akak ke e kedai orang Pakistan beli daging kambing, sajer nak masak jamu member anak. Kat sini gak akak beli berkotak-kotak rempah Shan sebab murah 1/2 kali dari kat pasaraya di Malaysia
Lepas hantar kereta sewa, kami naik bas ajer ke mana-mana. Bila bas tiba, mereka suruh kami naik dulu sebab tangan penuh dengan beg, walaupun mereka dah tua. Yang tak seronok dalam bas mereka bawa anjing..puaslah gak nak mengelak.
Seronok tenguk kenderaan tak banyak di jalanraya. Tak ada sampah bertaburan sebab ibubapa memang ajar anak-anak buang sampah dalam tong, kalau tak jumpa tong sampah, mereka suruh anak mereka masukkan sampah dalam poket ataupun beg. Bila jumpa tong sampah di keluarkan semuanya dan buang. Bagus sungguh cara ibubapa didik anak mereka.
Kami pegi hari Sabtu jadi ramai sungguh ibubpa bawak anak-anak berjalan-jalan. Orang-orang tua kat sini pun suka keluar berjalan, kalau couple siap pegang tangan lagi, romantik sungguh.
Anak-anak remaja bermain-main di tepi jalan. Tak takut pun macam kat sini. Kalau kat sini tentu penuh dengan pendatang asing bila hari Sabtu, sampai nak bawa anak keluar pun rasa risau terutama di KLCC.
Jadual pengangkutan awam kat sini memang efisen. Kalau lambat pun mungkin dalam 1-2 minit ajer. Kalaulah kat sini macamtu tentu ramai yang gunakan pengangkutan awam.
ke kedai satu pound, kami banyak beli coklat kat sini..murah dari harga di airport.
Hari Ahad kami ke car boot sales naik kereta kawan anak akak. Besar gak tempat jualan ni. Ikut tips dari member anak, kena grab kalau berkenan, kalau idak melepas. Yang banyak barang mainan kanak-kanak, puas hati kalau beli sebab barangan yang di jual masih bagus.

Kat sini akak beli pinggan mangkuk, dan mainan Imran. Ada yang akak beli 1 pound, 2 pound dan paling mahal pun set pinggan mangkuk yang berharga 5 pound. Ikut hati nak borong pinggan mangkuk tapi bila fikirkan susah nak angkut balik terpaksalah redha ajer.
Kat sini baru akak jumpa udang segar, harga lebih kurang sama kat Malaysia. Ada kepah, ikan salmon tapi tak beli sebab dah nak gerak ke London. Bila nak packed barang akak pinjam beg anak yang besar sekali.

Penuh weiii sampai suami kata lepas ni tak leh buka beg tu lagi. Bila tenguk beg yang dah beranak tu rasa risau gak nak gi ke London nak bawa naik bas nanti. Lagi satu yang buat akak risau takut terlebih muatan masa kat kat airport. Suami kata..rilex aaa

Selasa, Jun 21, 2011

Laut Di Sunderland United Kingdom

Rumah anak akak ni dekat bebebeno dengan laut cuma jalan kaki ajer dah sampai. Sebelum gi London akak ajak suami gi merayau dan ambil gambar kat sini.
Pintu masuk ke rumah api..kat bawah ada sejarah tentang pembinaan rumah api ni
Cuba tenguk tahun berapa benda ni di bina (klik yer)..malaysia belum merdeka lagi dia orang dah bina rumah api tu..
bangsa mereka lagi maju dari kita.
kat belakang tu bukan rumah rehat tapi tempat main judi..tak sukalah jejalan kat sini.
Dia orang ni suka bawa anjing..puas nak elak dari anjing, kalau anjing keluarkan benda tu..kenalah kutip..kalau idak kena denda
Walaupun air laut bersih tapi tak leh mandi....sejukkkk
tak larat nak duk lama..sejukkkk sebab angin bertiup kencang..tu sebab tangan ashik masuk dalam poket ajer
undertaker tak nak ambil gambar
geram tenguk harga kereta kat sini
Dalam perjalanan balik ashik tenguk bunga yang sedang berkembang
ashiklah klik sana klik sini
geram tul tenguk bunga-bunga yang di tanam kat rumah dan di tepi jalan...oleh sebab cantik...akak ralit menenguknya sambil ambil gambar....sampai suami akak kata...dahlah inaaaa..jom balik...sejukkkkkkkkkk

Jumaat, Jun 10, 2011

Mesti bawa ni kalau jejalan kat UK

Hari ni nak gi cuti-cuti malaysia..tak leh update blog, sebab tak ada line internet.
Kat UK orang pempuan kena bawak ni dalam beg tangan ataupun beg galas..kalau gi ke tandas..kalau idak ..masakkkkk. Orang yang dah berumur cam akak ni memang selalu gi tandas.

Bila isi air dalam botol dalam tandas, omputih pandang kehairanan.

Khamis, Jun 09, 2011

Ke Stadium City of Manchester -City, The Citizens, The Blues

Dari Stadium Manchester United ke Manchester City Stadium yang terletak di
Sportcity, Rowsley Street taklah jauh. Ada gak jumpa shopping complex tapi kami tak ada hati nak shopping.

Kami cuma pusing-pusing ajer bandar Manchester ni..suka tenguk keindahan reka bentuk bangunan di sini.  Memang tak di nafikan kami banyak gi tenguk stadium bola sepak liga inggeris ni. Nak buat camner hb akak yang nak pi sangat, akak just followwww..yang keluar duit pun hb akak gak ..akak ni cuma bawa pound nak beli souveniors ajerk.
Cuaca mendung dan hujan pulak renyai-renyai..aduhai sejuk sungguh bila keluar dari kereta..tak tahan sungguhlah.  Ashik nak terkucil dibuatnya..tu pun nasib baik tak minum air sangat.
Suami akak beratur nak pasang badges kat jersey MC. Omputih ni memang fanatik dengan pasukan bola mereka. Ramai gak yang membeli jersey pada hari tersebut sebab ada jualan istimewa sempena final FA Cup Manchester City lawan Stock City.
kena beli badges tu kalau nak letak kat jersey..rasanya dalam 5 pound kot
How are you sir? Jadilah ambil gambar dengan patung..
takkan boleh jumpa dengan pemain yang sebenar.
Anak akak dah boring sebab akak ashik suruh dia ambil gambar. 
Mana boleh tak ambil gambar kat sini, bukan senang nak pi
Tak jumpa real pun tak apa..ambil ajer gambar dengan Striker Carlos Tevez..hb akak ni fanatik dengan pasukan bola MC sekarang..janganlah nak kutuk-kutuk
Tertunailah hasrat di hati suami akak..kali ni senang nak ambil gambar dia...kalau idak..payah sungguh, suruh posing ajer dia dengan senang hati merelakannya. Tergelak akak dan anak tenguk, suami akak happy macam kanak-kanak riang sebab dapat dapat beli jersey original dan ada badges Barclays Premier League.

Lepas tu kami lepak makan nasi goreng dan spagheti kat area tempat lepak omputih sebelum mereka masuk ke stadium bila ada perlawanan bola. Tak tak leh duk lama, cepat-cepat makan sebab tak tahan sejuk sungguh sebab angin bertiup kencang sebab hujan. Cepat-cepat masuk dalam keta.


Selasa, Mei 24, 2011

Catatan Di UK-Hari Ketiga

9hb. Mei 2011-Isnin

Ada gak orang nak baca kisah akak rupernya.  Terima kasihlah sudi baca dan jenguk blog akak ni yer.
Oleh kerna perbezaan masa 8 jam ke belakang, kat UK baru pagi kat Malaysia dah petang kepala jadi pusing jap, orang panggil jet lag (nasib baik ada org bagitau ejaan yang sebenar).  Akak terjaga dalam pukul 11.00 malam jadi sempatlah lagi sembahyang isyak pastu tidur balik.  Kena bangun pula sembahyang subuh dalam pukul dua 2.00 pagi, pukul 4 lebih dah terang benderang, mata dah tak leh tidur dah.

Sebab tak mandi dari Kuala Lumpur sampai rumah anak, tak ganti pun baju sebab lepas makan terus tertidur sebab kepenatan.  Nak mandi rasa sejuk giler  walaupun dah masuk musim spring tapi kena mandi gak sebab dah rasa rimas.  Nasib baik ada heater.  Lepas tu fikir nak buat sarapan apalah hari ni.
Bila masuk ke dapur, aduhai sejuknya, buka paip pun air sejuk cam air batu, memang ada  paip untuk air panas. Sebelum tu member Russhdi suruh ajer akak guna barang yang ada kat dapur.  Akak pun selongkar kat dapur budak bujang jumpa kelapa kering dan tepung gandum.  Buat ajer jemput kelapa sebab tak beli lagi barangan dapur lagi, rasa segan gak sebab guna orang punya.
Tak tau nak buat apa kat rumah orang, lepak baca novel  dalam bilik anak sambil mengunyah jemput kelapa.  
 Pastu gi ke bilik lepak.  Ada pulak set main muzik kat situ. 
Tempat bujang lepaskan tension.
Akak dan suami lepak tenguk tv rancangan teksi tunai dan jangan lupa lirik versi uk.  Pastu kedebum balik..al maklumlah badan dah berusia ni, rasa penat sungguh bila travel jejauh dan duduk berjam-jam.  Tengahari masak nasi goreng sempoi ajer.

Kami tunggu bas depan rumah Russhdi, dia ajak jejalan kat town lepas zohor. Bila  bila keluar dari rumah aduhai sejuk giler sebab angin kuat kat luar sampai tangan jadi pun jadi sejuk.  Nasib baik anak dah pesan suruh pakai jaket sebelum keluar.

Perasan tak akak cuma pakai selipar dan stokin.  Ada kisah di sebalik tu.  Masa nak gi ke KLIA akak kononnya nak pakai kasut NIKE Yana.  Rupanya tapak nak tercabut, takut pulak nanti terjadi perkara yang tak di ingini, terpaksa guna kasut Ira. Mula-mula ok tapi bila dah sampai kat London kaki jadi sakit bila pakai kasut tu.  

Nasib baik ada selipar dalam beg kecik.  Apa lagi terpaksalah tukar pakai selipar ajer dari situ sampai ke rumah anak.  Apa nak hairan sebab bila tenguk omputih dalam flight pun pakai sempoi ajer dan ramai yang pakai selipar jepun.
Oleh sebab susah nak ke mana-mana suami rancang sewa keta kat sini.  Naik bas ajer kena 1 pound lebih seorang, kalau 3 orang pegi balik dekat 7 pound.  Baik sewa keta cuma 18 pound sehari termasuk insuran. Minyak kenalah beli sendiri. Kami ambil keta murah dan manual ajer, kalau auto lagi mahal.  
Tak kisahlah kan janji boleh jejalan dan keta pun masih baru lagi.  Book dulu dan esok baru bagi dokumen seperti passport, bil rumah russhid dan lesen memandu seperti syarat yang di kenakan oleh syarikat sewa keta tu.  Kat UK lagi berusia lagi murah insuran kita kena bayar.  Nasib baik Russhdi dah berusia 25 tahun jadi taklah mahal bayarannya, letak nama suami akak gak sebab senang nak ganti pemandu nanti.
Dari situ kami jalan kaki ke town.  Tak jauh mana pun, cuma hb bising sebab akak jalan lambat.  Camner tak lambat ashik klik sana dan klik sini.  Ala bukan datang selalu kan, jadi mestilah ambil gambar untuk kenangan diri sendiri dan pembaca blog yang suka tenguk gambar.
Menyesal pulak tak masuk kat muzium ni.  Bukan kena bayar pun
2 orang tu bukan suka di ambil gambar..sabar ajerlah kan
akak yang suka bergambar
Masuk kedai sana, masuk kedai sini dan akhirnya jumpa gak kasut kat salah satu kedai sukan kat sini. Kasut NIKE dapat harga dalam 10 pound/RM50.00.  Belilah serba sedikit barang nak di masak kat supermarket Iceland dan Tesco.  Geli geleman tenguk daging b**i banyak dalam tempat dingin beku.  
Kat sini ada Mc Donald tapi tak halal, akak masuk pun cuma tumpang buang air kecil sebab tak tahan sejuk. Cantik tenguk sarung bantal ni tapi bila tenguk harga tak jadi beli.
Lepas beli barang dapur balik semula ke rumah naik bas.  Pukul 5.00 petang kedai semua dah tutup.  Bila naik bas kami di suruh naik dulu sebab tangan penuh dengan beg plastik walaupun beratur di belakang. Padahal yang suruh tu nenek-nenek dan datuk-datuk.  Bagusnya mereka ni kan.
Sampai kat umah, 2 orang kawan Russhdi tengah bersilat di dapur, tengah masak lauk ayam.  Akak cuma jenguk sekejap, malas nak kacau dia orang masak.  Bila dah siap mereka panggil makan.  Akak tukang makan ajer.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...