OOO

Memaparkan catatan dengan label kenny rogers roasters wangsa maju. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenny rogers roasters wangsa maju. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 06, 2011

Ashik-Ashik Yana Belanja Makan ( Kenny Rogers Roasters Pulak)

Kesian gak dengan Yana ni.  Kalau balik ashiklah dia yang belanja kami makan.  Kadang-kadang hb akak bising suruh dia simpan ajer duit tu.  
 Imran cam biasa gempeng dengan Yana
Tapi kan dia nak gak belanja.  Iyerlah bila balik sini dia nak makan-makan macam-macam.
Al maklumlah kat tempat dia tu mana nak dapat makan sedap-sedap. Lagipun duit biasiswa yang dia dapat memang banyak berlebih sebab kos living kat sana murah.

Mak dia happylah tak yah masak..erhmm tapi apasal mak dia muka masam ek.
 budak sekarang tangan tu tak lepas dengan hp
Yana dan Imran kongsi satu pinggan, akak kongsi satu pinggan dengan Ira sebab kalau buka puasa memang cepat kenyang.  Suami punya kat belakang.  Dia makan sorang-sorang.  
 Makan cam ni memang menyehatkan tapi tak leh makan selalu.  Mahallah.
Akak oder gak pocket potato sebab excited nak tenguk apa ker benda lah pocket ni...ooo camni rupernya.  Bila makan tang isi memang sedap tapi bila nak makan kentang keras kejung.

Akak tak puas hati, panggil budak perempuan yang ambil oder..suruh dia rasa kentang tu.  Berkerut muka dia.  Akak kata akak nak komplen (ingat nak buat cam Eyriqazz..lagi pun blogger kan)..cepat-cepat dia minta maaf.
 
Alasan dia budak tu baru lagi bekerja, tak pandai nak set time.  Langsung dia bagi yang lain, sebab perut dah kenyang akak suruh tapau ajerlah.  Tak salah kan sebab kita dah keluar duit yang banyak tapi tak memuaskan hati.

Terima kasih sekali lagi Yana sebab belanja kami selalu,

p/s kisah di akhir bulan puasa tapi baru nak buat N3 hari ini. Tak aperlah kan

Sebut pasal makan-makan ni Astro akan melancarkan satu rancangan realiti masakan untuk mencari jurumasak/chef  yang akan di nobatkan sebagai juara MasterChef Malaysia yang pertama.
Program yang di namakan MasterChef Malaysia yang akan bersiaran pada22hb. Oktober 2011 bermula jam 9.00 malam di Astro Ria Saluran 104.  Jangan lupa tonton yer.
 Program title – MasterChef Malaysia
  • MasterChef Program Information - MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
  • Program Channel – Astro Ria (Channel 104)






Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...