salah sorang budak lelaki ni anak sepupu hb akak
Hari ni merupakan hari yang mendebarkan bagi pelajar-pelajar yang menerima result PMR, termasuk Ira anak ke empat akak dan juga akaklah kan.
Bila pelajar lelaki ni keluar lepas ambil result, muka masing-masing ceria sebab kebanyakkannya dapat 7A dan 8A. Dorang ini tak kecoh cam pelajar pempuan. Wah makin excited dan berdebar akak dibuatnya.
Pelajar perempuan memang bising sikit kan. Ada yang keluar sambil menangis..tak taulah menangis gembira ataupun bersedih dengan result dorang. Ada yang bersorak dan dan ada yang diam membisu. Akak malas nak tanya, akak cuma tanya dengan member Ira yang akak kenal. Ramai gak geng Ira yang berjaya.
Ada yang result best dan ada yang tak berapa best. Tak per anak-anakku, korang boleh berusaha lagi bila tiba peperiksaan SPM nanti. Tak semestinya kalau korang tak berjaya dalam PMR korang tak boleh score masa peperiksaan SPM.
Bila Ira keluar sambil tersenyum pastu mengalirkan air mata dan beritau keputusannya, akak gembira walaupun tak semuanya A.
Alhamdulliah akak bersyukur sesangat walaupun dapat result camtu sebab dah tentu semua orang maukan anak berjaya tetapi kita juga tau bukan bahawa setiap anak mempunyai tahap kepandaian yang pasti berbeza dengan adik beradik ataupun anak orang lain.
Akak redha dengan keputusan Ira sebab Ira memang dah berusaha tapi tak ada rezeki nak dapat semua A.
Akak redha dengan keputusan Ira sebab Ira memang dah berusaha tapi tak ada rezeki nak dapat semua A.
Ira, mak akan sentiasa berdoa supaya Ira sentiasa cemerlang di dunia dan di akhirat walaupun Ira tak boleh kalahkan Kak Yana tapi Ira dapat kalahkan Abang Russhdi dan Abang Firdaus kan.
Sekarang Ira cuma lipat gandakan usaha masa peperiksaan Tingkatan 4 (Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) dan SPM di tingkatan 5.
Sekarang Ira cuma lipat gandakan usaha masa peperiksaan Tingkatan 4 (Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) dan SPM di tingkatan 5.
Jangan bersedih k..minggu depan kita gi bercuti walaupun tempatnya tak jauh..minta-minta tak adalah aral sebab minggu lepas tak jadi gi sebab Imran bersunat.
p/s Ira cuma dapat 7A dan 2 B - subject Bahasa Arab dan BI..oklah tu kannn..masa trial dia cuma dapat 4A dan 4B
p/s Ira cuma dapat 7A dan 2 B - subject Bahasa Arab dan BI..oklah tu kannn..masa trial dia cuma dapat 4A dan 4B
