OOO

Memaparkan catatan dengan label kereta fortuner. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kereta fortuner. Papar semua catatan

Isnin, Jun 29, 2009

Oh Kereta Lamaku...Akhirnya Dilerai Oleh Sindiket Pencuri Kereta

Kami pakai kereta ni lamalah jugak..pastu kami cadang nak jual....saje-saje ambik gambar masa tu..

Bergambar kenangan sebelum kereta nak di jual...Mula-mula nak jual sendiri...tapi lecehlah..pastu suami suruh kedai usedcar tolong jualkan...lama juga ambil masa nak jual kereta ni...al maklumlah zaman ekonomi meleset ni.

Alhamdulliah akhirnya terjual jugak kereta ni..suami dah sain tukar nama di borang jpj dan dah dapat cek pada hari jumaat yang lepas .......tup...tup...malam tu ada panggilan dari balai polis kajang. Tanya kami ada tak kereta ni..suami kata dah jual...polis tu kata dia jumpa resit masa suami akak tukar tayar yang masih tersimpan dalam dashboard . Polis tu ingat kereta ni masih lagi kereta suami akak.

Bila suami bagi tau kereta ni dah di jual.....polis tak kata apa-apa lagi...pagi sabtu tu polis tu call lagi bagitau kereta tu dah ada kat balai polis kajang...dah terlerai.......baru sejam di curi dah dileraikan oleh sindiket ni.....mula-mula suami ingatkan pembeli kereta ni orang melayu...kesiannya dia baru beli .....dah kena curi....tak sempat bergaya dengan kereta baru.

Cerita ni keluar pulak dalam akhbar harian metro hari ni...rupanya yang beli tu ahli sindiket pencuri kereta. Yang beli ni ada kedai used car jugak dan berbangsa cina.....dia beli lepas tu dia buat report kat kereta dia kena curi pasal nak claim insuran ..pastu mereka leraikan dan jual komponen kereta tu kat kedai barang yang jual komponen terpakai.

Nilah serba sedikit petikan dalam paper hari ni....mereka tukar no chasis dan no enjin pulak tu..pandai sungguh mereka ni...sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak...

Nasib baik teringat nak ambil gambar dengan kereta ni...jadilah kenangan buat kami...takkan dapat tenguk lagi kereta ni di jalan raya....yang tinggal cuma komponen dia aje...
sedih pulak bila tau tamat dah riwayat kereta ni...


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...