OOO

Memaparkan catatan dengan label kerja kawin di miri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerja kawin di miri. Papar semua catatan

Selasa, Januari 07, 2014

Pertama Kali Gi Kerja Kawin Di Miri

Assalammualaikum semua

Akak dapat jemputan kawin ni bulan November lepas, tapi tak sempat nak pot pet mengenai cara majlis perkawinan di sini.  Sibuk menyediakan majlis perkawinan anak yang pertama dan sibuk gak membeli itu dan ini kat Miri.
Mula mula hairan gak kenapa majlis kat sini mula jam 10.00 pagi, akak kata dengan suami mungkin pagi buat majlis aqiqah macam selalu yang dibuat kat Semenanjung.

Nanti belah tengahari baru jamuan untuk majlis kawin. Kami pun rehat rehat dan mula bersiap selepas jam mencecah pukul 11.30 dan bertolak ke sini dalam pukul 12.00 tengahari lebih kurang..ala macam biasa yang kami lakukan masa kat sana.

Tak jauh pun dari rumah akak, lagi pun guna gps senanglah jumpa.  Hairan gak bila sampai, orang dah kurang..ishh betul ker rumah ni.
Bila suami tanya kat bapa pengantin (sebab pakai baju melayu dan bersamping) memang betul ni umah kawan office dia.  Kami di jemput makan...hidangan lebih kurang cam di sana cuma ada kek lapis sarawak. 
Lepas makan, pengantin sedang berposing, selepas salam pengantin kami pulang sementara saudara mara mereka sedang sibuk mengisi lauk dalam beg plastik.

Tak per, lain kali kalau tulis pukul 10.00 pagi, kami kena datang time camtu, kalau idak jadi camnilah..memang berbeza sungguh dengan majlis perkawinan di sana.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...