OOO

Memaparkan catatan dengan label kisah kematian M Rajoli. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kisah kematian M Rajoli. Papar semua catatan

Rabu, November 03, 2010

Akhirnya tertunailah hasrat dihati (BE lebih dari RM100.00)

Memang merudum betul mood akak ni sejak kematian arwah anak buah suami akak.  Selama ni tak pernah tau dia ada fb.  Semalam bila pergi ke rumah arwah tanya dengan adik perempuan dia, dia bagitau nama fb arwah.

Bila tenguk gambar-gambar arwah bersama motor kesayangan mengalir lagi air mata dibuatnya.  Al fatihah buat arwah dan semuga arwah tenang dan rohnya di cucuri rahmat.


Di saat masih bersedih terselit  pula rasa gembira di hati.  Alhamdulliah hajat dihati ingin melihat  satu be lebih dari RM100.00 telah tertunai.  Dulu kalau dapat pun,  lagi sikit nak ke RM100.00.  Alhamdulliah masih bergerak lagi RM di situ. 

Walaupun cuma satu, terasa satu kepuasan yang tak terhingga.  Apa yang di usahakan terasa berbaloi-baloi.

Terima kasih pembaca blog akak dan Nuffnang.  Tanpa kalian tak adalah trafik dan tanpa trafik taklah boleh akak dapat sebanyak ini.

p/s maaf yer..akak tak balas  lagi komen rakan-rakan. Masih bersedih.  Insyallah dah ada mood akak jejalan kat blog sape yang bagi komen.

Sabtu, September 18, 2010

M Rajoli (Artis) Meninggal Dunia (al fatihah)

Al Fatihah buat Allahyarham M Rajoli  Mohd. Rajoli @ Mohd. Rajab Mohamed berumur 65 tahun telah yang telah disahkan meninggal dunia akibat jangkitan virus paru-paru jam 10.40  malam tadi (17 September 2010) setelah di masukkan ke wad sejak hari Khamis yang lalu.

Beliau telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang  di sisi isteri pertama Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif dan juga anggota keluarga yang lain.
kredit murai.com
Allahyarham meninggalkan dua orang isteri, Hashimah dan 
Wan Chik Othman. Bersama Hashimah, M. Rajoli mempunyai empat orang anak iaitu Siti Zaleha, 34; Nur Muhammad, 33; Siti Nazirah, 27, dan Mohd. Ariff.
 
Allahyarham anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan yang di lahirkan pada 7 April 1945  di jadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur  kira-kira  pukul 11.0 pagi ataupun  sebelum solat Zuhur, Sabtu.  

Sebelum itu akan di bawa ke Masjid Al Ikram di Datuk Keramat  untuk di sembahyangkan dan untuk memberi peluang kepada orangramai memberi penghormatan terakhir.

Allahyarham memang seorang pelakon serba boleh dan selalu melakonkan  watak orang yang beriman seperti Pak Imam seperti di dalam cerita Liang Lahat (Astro).  Beliau telah berlakon lebih kurang  30 filem dan lakonan terakhir beliau filem Lembing Awang Pulang Ke Ganggang.  

Marilah kita sedekah Al Fatihah kepadaAllayarham M Rajoli yang mengidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun .

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...