OOO

Memaparkan catatan dengan label kisah mak akak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kisah mak akak. Papar semua catatan

Khamis, Ogos 09, 2012

Oh Mak Polop

Oh mak polop...itulah ayat yang selalu di guna oleh arwah mak mertua  (al fatihah) akak kalau terperanjat. 


Oh mak engkau..mak akak ...


Akak  :  Oh mak engkau..
              Astaga...
              La illah ha illallah
              Panjat boboi...tu gurau gurau punya terperanjat 

Suami  : Oh Mak Polop gak..al maklumlah dah selalu dengar arwah mak kata camtu

Mak/ibu anda ataupun anda pula kata apa ek ?

Ahad, Ogos 05, 2012

Karangan Sekolah Rendah

Karangan ini saya pasal mak saya.  Saya sayang mak saya sebab mak saya baik.






"Karangan ini adalah untuk Contest anjuran Abang Ensem dan  Zarul Umbrella"
dan disponsor oleh 
Azri [dot] My..

Selasa, Oktober 25, 2011

Kisah Mak Ganti Kanta Mata

Pagi lagi dah keluar hantar mak ke Hospital Selayang nak buat mata mak sebab mak kena sampai sana sebelum pukul 7.30 pagi. Mak kena ganti kanta mata disebabkan kat mata mak ada katarak. Dulu mak dah pernah buat sebelah mata kat Hospital Mata Tun Hussein Onn.

Bila mak sampai kat sini kami kena tunggu sehingga pukul 8.00 lebih baru mak  di panggil masuk ke wad menunggu.  Cantik tau wad ni cam kat hospital swasta. 

Nak buat kat hospital kerajaan kena ambil masa yang agak lama.  Mak mula check kat Klinik Kesihatan Gombak dan selepas tu terus di rujuk ke sini.

Dari bulan Febuari..setiap 2 bulan mak akan ke sini nak check tahap kesihatan mak, mula-mula mereka bekalkan ubat mata sahaja.  Mereka check gak tekanan darah dan juga paras gula sebab mak ada penyakit kencing manis.

Bersama mak ada 18 orang ..ada yang buat laser dan ada yang tukar kanta.  Sebelum buat kena beli kanta di farmasi harga RM700 dan kena bayar lagi RM103 pagi tadi sebab anak-anak mak tak ada yang kerja di pejabat kerajaan. Kalau sape yang ada anak kerja gomen foc lah.   Nasib mak agak baik sebab jadi orang pertama yang masuk ke dewan bedah.
 Sementara menunggu mak masuk ke bilik bedah akak sarapan dulu di cafeteria di sini.  Terperanjat sebab harga makanan kat sini murah sungguh.  Bila pergi semula ke katil mak masih tak keluar lagi ..akak duk kat ruang menunggu.
Memang puas dengan layanan staff kat sini dan kemudahan yang disediakan memang memuaskan hati.  Siap bagi makanan kat pesakit yang menunggu.  Ada pesakit yang tak ada masalah pun..mungkin nasib mak jadi macam tu. 
Dekat pukul 11.00 pagi baru mak sampai semula kat katil pesakit.  Mak kata kali ni memang ada masalah nak masukkan kanta tersebut ..naik letih mak kena tahan nafas...akhirnya kena gak jahit kat mata disebabkan masalah tersebut.
Alhamdulliah mak boleh balik tapi esok kena pergi lagi ke wad mata..doktor nak check lagi tang jahitan tu.  Minta-minta mak tak ada apa-apalah.

Siapa yang tak mampu nak buat lasik/ganti kanta kat hospital swasta bolehlah ke Hospital Selayang.  Harga tak mahal dan selesa pula.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...