OOO

Memaparkan catatan dengan label kolam renang di bukit gambang water park. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kolam renang di bukit gambang water park. Papar semua catatan

Isnin, Januari 11, 2010

Bukit Gambang Water Park (hemmm jauhnya nak mandi manda)

Kalau nak di ikutkan tak berbaloi nak gi ke Bukit Gambang Water Park ni....sebab kena fikir nak bayar tol dan duit minyak..pastu jauh bebeno....tapi sebab dapat voucher percuma (akak tukar kepala harian metro...dapat 4 keping..pastu member bagi lagi 2 keping) akak bawak juga anak-anak gi mandi manda kat sini. Kebetulan yana balik bercuti.....sajer nak bawa Yana gi jejalan..tak kan balik nak duduk kat umah ajer..

Rugi pulak kalau tak pergi sebab bila di kira harga tiket nak masuk ke situ untuk 6 orang dah dekat beratus jugak (dewasa RM19.90sen dan kanak-kanak RM12.90sen)...suami akak tak join sebab dia kerja..ira pulak tak boleh balik dari asrama..akak angkut mak akak gi sekali.

Plan asal nak bertolak dari rumah pukul 7.30 pagi pagi Sabtu..tapi....tau ajerlah budak-budak ni..buat akak naik darah ajer...nasib baiklah tak ada darah tinggi.  Kalau gi lambat rasa rugilah pulak...gi jejauh ...dapat mandi kejap..
Lelama pukul 8.30 pagi baru bertolak dari rumah..gedebuk gedebak.(isi minyak)....sampai kat R & R Temerloh dah pukul 10.00 lebih...berhenti makan dulu sebab semua tak selera nak makan masa kat rumah...akak buat nasi lemak dan sambal ayam..kat umah tak sempat nak ambil gambar..nasib baik teringat nak ambil gambar kat sini..
Sampai kat Bukit Gambang dah nak dekat pukul 12.00 tengahari...terkezut tenguk orang ramai giler....boleh dikatakan semua dapat voucher macam akak jugak...
Imran dah tak sabar nak terjun....nak cari port pun payah sebab orang ramai betul...kat sini kalau bawak tikar boleh lepak..


Bila ada ombak ajer semua berpusu-pusu masuk ke kolam ni sambil bawa pelampung...ashik berlaga pelampung ajerlah jawabnya..penuh kat kolam ni...anak-anak malas nak main kat sini.
Lepak kat area permainan orang dewasa kat sini...tempat ni taklah sebesar Sunway Lagoon...yang ramai datang kebanyakkan orang area terengganu ..sebab dengar mereka speaking...orang Kuantan pun ader jugak...
 Lelama Yana dan Firdaus dah bosan...mereka malas main...Russhdi dan Imran ajer yang masih nak main air lagi..makanan dan minuman tak semahal di Sunway Lagoon..yang akak tak puas hati tang surau...alamak kecil betul...masuk 4 orang solat dah penuh...dahlah kurang cahaya..pastu surau kat dalam bilik air...rasa cam tak sesuai..pihak taman tema ni kena perihatin dengan hal ni sebab majoriti yang datang orang melayu.
Lepas makan mereka ke swimming pool pulak...Kalau nak diikutkan imran tak leh mandi kat sini..sebab tenggelam..
Nasib baiklah abang dia rajin melayan....oh yer...akak pun membasahkan diri kat kolam ni...rugi pulak datang jejauh tak rasa air kat sini..dalam pukul 4.30 semua dah malas nak mandi..
Nak dekat pukul 5.00 petang kami keluar dari Bukit Gambang Water Park...plan asal nak balik sampai taman tema ni tutup.... tapi semua nak balik kecuali imran...terpaksa pujuk dia.....pasal kami tak tidur kat Kuantan ...kami balik terus ke Kuala Lumpur..

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...