OOO

Memaparkan catatan dengan label loghat orang johor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label loghat orang johor. Papar semua catatan

Sabtu, Ogos 21, 2010

Belajar Loghat/Slang/Bahasa Orang Johor

Assalammualaikum

Akak memanglah anak jati Kuala Lumpur.  Dilahir dan di besarkan kat sini. Tapi ikut kat surat beranak lahir di Kampung Sungai Paya, Bangsar, Selangor.

Bila mak dan abah buat rumah kat Setapak, akak bersekolah kat Jalan Kuantan, Jalan Temerloh dan Jalan Genting Klang.  Percakapan pun mestilah stail orang sini.

Dah jodoh dapat orang Johor...ha kau....(akak memang tak pernah tau gi ke rumah suami. baik masa bercinta ataupun masa bertunang, mak akak tak kasi...ada akak ceritakan camner kisahnya..nanti selongkarlah balik yer kalau sape yang rajin) bila ada perkataan yang tak faham bila first time datang ke majlis menyambut menantu kat rumah suami akak.

Bila dah habis majlis...mereka berbual-bual dengan sanak saudara.  Rasanya loghat orang Johor taklah sesusah loghat kat Pantai Timur atau pun belah Utara. ..cuma ada perkataan yang akak tak faham.  Terganga di buatnya.
Al fatihah buat arwah mil
Arwah mil berborak dengan fil...wah ramai sungguh orang rewang kat kerja kawin/panggil kita ni ek!

Akak tercengang...apa ker benda rewang tu...setelah di explain dek hb akak rewang tu gotong royong..

Bila nak tidur malam, akak penat ..sampai menguap-guap kat depan tv.....arwah mil kata kat suami..

Lan, gi ambil gebar kat dalam gobok/gerobok. Isteri kau dah sangap dah tu.

Ishhh apa ke benda sangap  tu...akak memang blurrrr..rupernya menguap.

Bila tenguk benda yang di ambil dek hb..oooo selimut dalam almari baju.

Bila pergi jelalan lepas kawin..suami ajak gi ngeteh kat kedai..maksud dia lepak sambil minum air kat kedai, warung ataupun restoren.

Bila adik ipar kata...abang lan..nanti balik bawak jajan...rupernya makanan ringan.  Deras balik tau (cepat)

Bila tiba akak jejalan dengan suami masa lepas kawin...dia orang ingat akak gi berendut  dengan endut..(gi dating dengan pakwe/makwe)

Bila hb jumpa dengan member-member sekolah dia orang selalu guna perkataan lebih kurang camni (contoh ajer yer)

Ali jom sarap (sarapan) ker belum? 

Janlah (jomlah)  lepak (duduk kejap)..kau jumpa ada Hamid tak?  Dia tu  dahlah ireng (kulit hitam),  bongok (bodoh), pastu bigor (gila-gila)  dan gonjol (gila-gila sikit) pastu suka pakai sepatu (kasut) ataupun selipor (selipar) lain-lain, suker pulak tu berlenggeng (tak pakai baju).  

Dahlah suka kokak (benda dah tak elok) buah semangka (tembikai).  Kalau main suker mengelat (suka menipu).  Lepas dah kalah suka cembeng (kuat menangis).  Dahlah pengkor (tak pandai baling ataupun tak pandai main sesuatu permainan). 

Dulukan dia noreh (menoreh) kat kebun getah..sekarang ni dah nyawit (pergi ke kebun kelapa sawit).  Lincah (cepat) dia buat kerja.

Sekarang ni dia dah kawin dah.  Dah  pandai gendong (dukung) anak dah.  

Bini dia jual epok-epok (karipap) kat warung depan tu.

Dah faham ke idak bahasa johor ni..sekarang ni akak dah terror dah.  Pasal lepas dapat anak pertama akak duduk kat Jay Bee nak dekat setahun lebih.

Tapikan bila arwah mil  dan fil (dua-dua asal dari muo) speaking jawa terutama jawa halus...lagilah akak ternganga..kalau waras, wes tu tahulah akak..sebab dulu masa duduk kat setapak ada gak bercampur dengan keluarga jawa.

Mungkin ada lagi kot loghat Johor yang akak tak pernah jumpa?  Kalau setakat perkataan ek tu tak payahlah..akak nak tau slang yang lain pulak.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...