OOO

Memaparkan catatan dengan label macarons. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label macarons. Papar semua catatan

Jumaat, Mac 18, 2011

Macarons Jadi Mamaherot

Kelakarnya tenguk macarons akak ni. Ada yang bertanduk dan ada yang pecah. Ada pula yang elok...takkan nak tayang yang elok ajer ek. Pasal tak tau taktik sebenar pakai buat ajer.

Member masak memasak sibuk buat , jadi akak pun merajinkan diri membuatnya semalam. Memang betul kata mereka, tak cuba tak tau, tak buat tak dapat rasa. Nak beli memang mahal. Anak akak makan bukan cukup satu.


Kalau minta resepi sebenar kat orang yang jual garenti tak kan bagi punya. Sebab mereka kena keluarkan wang yang bukan sedikit nak belajar. Janganlah kita nak marah mereka.

Alahai memang tangan ni tak leh buatlah. Jadi macam ni. Tapi rasa memang sedap dan manis. Orang yang buat bisnes kata kena gi kelas dan laburkan RM dulu baru tau taktik sebenar cara nak buat macaron yang sedap dan cantik.

Tapi hb akak pulak kata.
..

Buat kudapan manis sungguh..macam kedekut ajer nak bagi abang makan...

La...sabar ajerlah. Memang tak sesuai buat orang yang ada penyakit kencing manis dan penyakit lain. Nak jamah bolehlah. Ambil resepi dari
http://myinahar67.blogspot.com

MACARONS
(Sumber : Yani Deco Choco)
Bahan-bahan(+-24 set,48 keping):
  • 2 biji (80gm) telur putih L size
  • 60gm gula kastor
  • 80gm almond powder
  • 120gm gula aising
  • sedikit esen vanila
inti :- akak guna blueberry jem dan peanut butter-anak akak bubuh sebelah jem dan sebelah lagi peanut butter..sedaplah

Cara-cara:
  1. Ayak almond powder dengan gula aising.
  2. Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. ( Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh..kira oklah tu)
  3. Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan macam buat kek. (masukkan pewarna yang diingini)
  4. Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag . Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar)
  5. Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. ( Bergantung pada cuaca juga ni. Saya letak bawah kipas bagi dia cepat kering. Sebelum bakar tu, test dulu dengan jari, kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).
  6. Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 20 minit. ( Rasa mcm x terlebih bakarlah pulak haritu.. nak kena kurangkan suhu ataupun time tu lain kali ). Pastu sejukkan sebelum letak inti.
** utk rujukkan sendiri lain kali:
  • kisar serbuk almond bg lebih halus sebelum diayak.
  • kurangkan suhu atau masa bakar..
p/s Tak mungkin nak buat bisnes ..sebab cam leceh ajer. Kalau akak jual kecian pulak member yang lain. Kalau nak tenguk hasil lagi cun gi ajer ke blog member akak tu yer.

Nanti nak cuba buat lagi lah.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...