OOO

Memaparkan catatan dengan label majlis khatam al quran perkawinan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label majlis khatam al quran perkawinan. Papar semua catatan

Sabtu, Februari 16, 2013

Majlis Khatam Al-Quran Perkawinan

 Hari Khamis lepas akak hantar mak gi ke rumah saudara yang akan mengadakan majlis perkawinan anak perempuan bongsu pada hari Sabtu.  

Akak ke hospital dulu bawa Imran nak check lagi tangan dia dah baik betul ker belum?  Syukur alhamdulliah tangan Imran dah sembuh sepenuhnya.

 
Bila gi umah orang kawin, tuan rumah memang ada sediakan 'doorgift' untuk di beri kepada tetamu yang hadir tapi sekarang ni dah jadi trend doorgift memang makin lama makin gempak kan.  Teringat masa akak masih kecik, dulu pun memang tuan rumah bagi telur ajerk sebagai door gift..masukkan ajer telur dalam tisu merah pastu ponjot kiri dan kanan.  

Masa tahun 80 an..masa majlis perkawinan akak pula..akak dan kakak bertungkus lumus anyam riben besar buat bentuk ikan pastu masuk telur dan stapler.

Sekarang ni dah jarang kan dapat telur bila gi majlis orang kawin..  Dah jadi trend orang dah banyak  bagi cake, gula-gula, coklat dan macam-macam lagi.  

Tapi ibu pengantin perempuan masih ingin mengekalkan tradisi dengan memberi telur/bunga telur  kepada keluarga dan juga tetamu yang hadir dan di beri bersama gift yang lain. Itu semua hendaklah mengikut kemampuan pihak keluarga pengantin tak kira pengantin lelaki ataupun perempuan.


Pada pagi Jumaat yang mulia semalam pihak pengantin perempuan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran atau dalam bahasa Melayunya.. tamat baca Al-quran  diadakan sebagai tanda kesyukuran serta mengiktiraf pembaca itu menghabiskan bacaan Al-Quran keseluruhannya. 
Para jemaah yang terlibat secara langsung dalam majlis adalah di kalangan wanita sahaja.
Biasanya dalam majlis khatam Quran, seorang guru atau ustazah dipanggil untuk menyemak bacaan yang di baca semasa majlis ini. 

Ayat-ayat Al-Quran dari surah-surah yang terakhir dalam Al-Quran bermula dari surah Ad-Dhuha sehingga surah An-Nas akan diperdengarkan kepada tetamu.
 Ehhh ada gak muka dak kecik ni...anak buah pengantin yang paling kecik ..setakat nilah :)
Pengantin perempuan di apit oleh sepupu sebelah kiri dan anak buah sebelah kanan.  Setelah tamat guru/ustazah akan membacakan doa khatam Al-Quran, menandakan si pembaca tersebut sudah diiktiraf tamat membaca Al-Quran.
Dan macam biasa sesuai dengan adat Melayu, sekuntum bunga telur dan sedikit saguhati akan dihadiahkan kepada tetamu  dan diikuti dengan jamuan makan.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...